suria

Wanita kecewa beli cromboloni viral tak sama seperti iklan, makin geram peniaga bagi alasan ‘homebaker’ - “Saja suka-suka ambil order”

Seorang wanita kecewa apabila cromboloni yang dibeli tidak sama seperti diiklankan.

MANISAN viral dikenali sebagai cromboloni merupakan pastri yang semakin dikenali dan dicari-cari orang ramai sejak kebelakangan ini.

Nama cromboloni adalah gabungan daripada croissant dan bomboloni.

Croissant merupakan pastri berasal dari Perancis yang cukup popular manakala bomboloni adalah donat tanpa lubang dengan isian pelbagai perasa serta taburan gula halus di luar.

Dek kerana ia semakin viral ketika ini, rata-rata peniaga mula mengambil peluang untuk menjual cromboloni demi mencari keuntungan.

Namun, baru-baru ini, seorang pelanggan wanita meluahkan rasa terkilan apabila membeli cromboloni yang tidak sama seperti diiklankan.

2453644

Hantaran asal peniaga mengiklankan jualan cromboloni.

Kekecewaan kerana membeli cromboloni pada harga RM13 sebiji itu disuarakan dalam satu hantaran di Facebook.

"Orang lain nak berniaga, awak pun nak berniaga. P*l* b*n* betul. Hangin saya ya.

"Orang Kamunting, Taiping ni la sebab saya malas nak order... sebab ni la.

"Orang beli pakai duit. Hampa (anda semua) bezakan sendiri iklan dia dengan yang dia COD (cash on delivery) dekat saya," tulisnya bagi berkongsi kekecewaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap jujur dan ‘kecomelan’ peniaga disenangi ramai, tiada pelanggan marah walau jual gulai kawah tawar - “Rasanya sedap, rugi beli satu”

ARTIKEL BERKAITAN: Beli nasi lemak, dapat nasi impit! Niat nak tolong peniaga gerai berakhir kekecewaan - “Penjual beli confident di mana?”

Menerusi hantaran yang sama wanita itu turut berkongsi satu tangkap layar menunjukkan perbualannya di aplikasi WhatsApp bersama peniaga.

"Tunggu lama, (tapi) ini bukan yang saya harapkan. Ini bukan cromboloni (yang) saya dah makan berkali-kali.

"Sangat kecewa terutama dengan harga sebegitu," adu pembeli itu kepada peniaga berkenaan.

Bagaimanapun jawapan dan alasan yang diberikan peniaga itu membuatkan ramai warga maya turut tidak berpuas hati.

Sudah macam roti canai kena pintal... tak reti jangan buat.

NETIZEN

"Awak, saya ni homebaker je. Buat pun saja suka-suka ambil order.

"Minta maaf kalau awak letak harapan terlalu tinggi dekat produk saya.

"Itu (foto cromboloni dalam iklan) untuk rujukan je awak. Saya sudah letak logo dekat poster jadi sebiji macam produk saya," balas peniaga kepada pelanggan terbabit.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen apabila rata-ratanya mengecam tindakan peniaga yang dikatakan tidak jujur dalam berniaga.

Perbualan antara wanita ini dengan peniaga.

"Buat iklan ambil gambar orang begitulah jadinya. Lepas tu cari resipi dekat TikTok buat jual.

"Sudah macam roti canai kena pintal. Apa orang nak niaga, kau nak jual. Tak reti jangan buat.

"Ni kulit karipap pusing. Sebab tu malas nak beli produk homebakers, lebih sanggup pergi cari di kedai," komen netizen pada hantaran dibuat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain