PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mencuri perhatian apabila berjanji akan menerbangkan dron khas buat penyanyi Aina Abdul andai berjaya merangkul gelaran juara Eurovision Song Contest Asia 2026 pada malam iniFazley atau Ahmad Fazley Yaakob, 48, turut memberikan kata-kata semangat kepada Aina yang bakal membawa nama Malaysia di pentas pertandingan berprestij itu. Permintaan Fazley itu turut mencuit hati apabila beliau terlebih dahulu meminta 'izin' daripada bakal tunangnya, usahawan sensasi Datuk Seri Vida, sebelum berjanji mahu menerbangkan dron buat Aina.Fazley (kiri) sebelum ini membuat kejutan melamar Vida (kanan) dengan persembahan dron."Let's go Aina, harumkan nama Malaysia! Menang nanti saya terbangkan drone untuk Aina."Boleh kan sayang? (Vida)," katanya. Fazley berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul rayu sokongan rakyat Malaysia di Eurovision Asia, tak kisah minat atau tidakARTIKEL BERKAITAN: [V] “Nasib tak pengsan”... Vida terkejut lihat kesungguhan Fazley, persembahan dron umpama lamaran dari kayanganDalam pada itu, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, menyambut baik tawaran berkenaan dan turut berseloroh bahawa dia akan menuntut janji tersebut sekiranya berjaya muncul juara."Amin, alau menang saya tuntut ya. Boleh ke Datuk Vida?," ujarnya. Pada 10 November lalu, Fazley mencuri perhatian ramai apabila melamar usahawan sensasi, Datuk Seri Vida ketika membuat kemunculan dalam acara TikTok Shop 11.11 Mega Syok Live Concert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).Malah, Fazley sanggup melakukan persiapan istimewa termasuk persembahan 1,200 dron sebagai sebahagian daripada usaha meluahkan hasrat untuk menjadikan Vida sebagai pasangan hidup.Aina bakal berentap di pentas Eurovision Song Contest Asia 2026.Sementara itu, Eurovision Song Contest Asia 2026 dijadualkan berlangsung di Bangkok, Thailand pada malam ini dan bakal disiarkan menerusi TV3 pada pukul 9 malam.Aina bakal mempertaruhkan lagu Bluest Sky dalam saingan merebut gelaran juara sulung pertandingan itu.Beliau bakal berentap dengan wakil dari beberapa negara Asia termasuk Filipina, Laos, Thailand, Vietnam, Kemboja, Mongolia, Bhutan, Bangladesh, Korea Selatan dan Nepal.