Beradab dan menjaga tutur kata dengan golongan berusia merupakah cerminan peribadi serta tanda penghormatan kita kepada mereka. -Gambar hiasan AI
PANGGILAN ‘makcik’ lazimnya digunakan sebagai tanda hormat dan mesra apabila kita menyapa wanita yang lebih berusia.Namun malangnya tidak semua wanita selesa dengan gelaran tersebut, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar besar. Ini kerana ada yang beranggapan panggilan itu seperti memberikan gambaran wujudnya jurang umur yang terlalu jauh atau kelihatan seperti perwatakan orang tua dari kampung.Turut melalui situasi janggal tersebut, seorang wanita tidak menyangka niat baiknya untuk menyapa jemaah di sebuah surau, membuatkan dia dirundung rasa kesal dan serba salah."Sewaktu dekat surau, ada tegur seorang makcik ni umur antara 50 hingga 60 tahun. Dia dah habis solat dan tengah bersolek depan cermin, aku pun tegur dia sebab ada celak mata jatuh.Berada di luar kawasan membuatkan ramai yang menggunakan surau untuk menunaikan solat. -Gambar hiasan AI"Aku tegur macam ni... makcik, pensil tu makcik punya ke? Jatuh dekat belakang," luahnya berkongsi situasi yang berlaku di Thread.Bagaimanapun, respons yang diterima sangat di luar jangkaan apabila wanita berkenaan terus membetulkan panggilan yang digunakan, membuatkan pengadu terpinga-pinga.Lebih mengejutkan apabila individu tersebut turut memberikan kata-kata sindiran dengan menyatakan mereka tidak mempunyai sebarang pertalian keluarga."Panggil itu elok-elok sikit ya, saya bukan makcik awak. Panggil proper sikit," kongsinya menceritakan semula kata-kata wanita berkenaan.Wanita menegur seorang jemaah di surau selepas pensel celaknya terjatuh.Jemaah dianggarkan berusia 50 hingga 60 tahun kurang senang dipanggil ‘makcik’.Dia meminta pengadu menggunakan panggilan lebih sesuai kerana mereka bukan saudara.Respons itu membuatkan pengadu terkilan dan serba salah untuk menyapa orang.Netizen memberikan pelbagai pandangan tentang kesesuaian panggilan ‘makcik’.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut pengadu, situasi yang berlaku itu bukan sahaja membuatkan dia terkilan malah mengakui tidak menyangka teguran mengenai barang terjatuh bertukar menjadi isu panggilan.Bimbang perkara sama berulang, dia kemudiannya cuba mendapatkan pandangan warga maya tentang panggilan yang sewajarnya digunakan."Dalam hati terdetik, aku salah panggil ke? Atau memang bahasa aku yang tak proper? Nak panggil apa kalau nak tegur orang?" soalnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Belum kahwin, panggil cik” - Wanita ‘tersalah bual’, kena marah tegur orang ‘puan’... Niat nak hormat tapi disalah ertiARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak terima hakikat dah tua, terkejut belia 20an salam cium tangan... Belum kahwin tetap dipanggil makcik!Perkongsian pengalamannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya, menyatakan panggilan makcik sesuai digunakan oleh golongan remaja atau anak kecil."Kalau datang dari budak kecil atau remaja mungkin boleh la kot, awak pun dah kategori makcik juga, ada anak."Saya doktor estetik, memang ada beberapa pesakit saya yang datang buat rawatan sebab sedih dipanggil makcik sedangkan baru berusia 40 tahun, perempuan memang sensitif," demikian reaksi netizen.