PELAKON Datin Sofia Jane tidak pernah menjadikan pencalonan atau kemenangan anugerah sebagai sasaran utama sepanjang bergelar anak seni.Sofia atau Sofia Jane Hisham, 54, berkata dia memilih bidang lakonan kerana minat dan lebih mengutamakan kepuasan dalam berkarya berbanding mengejar pengiktirafan menerusi trofi kemenangan. Kata Sofia, perkara paling penting ketika menjayakan sesuatu watak adalah memastikan penonton memahami dan menyukai lakonan yang dipersembahkan."Saya tidak bekerja (berlakon) untuk dapatkan pencalonan anugerah. Saya tak tahu pelakon lain bagaimana tetapi saya tidak seperti itu. Sofia menganggap pengiktirafan anugerah sebagai satu bonus."Saya bekerja kerana saya mahu (minat). Bila kita bekerja apa yang difikirkan adakah penonton memahami dan suka lakonan itu?"Perkara-perkara itu yang saya fikirkan sewaktu bekerja. Kalau diiktiraf atau dicalonkan itu merupakan satu bonus. Selepas itu, kita (anak seni) tetap perlu terus bekerja," katanya kepada mStar. Mengulas lanjut, Sofia berkata setiap individu mempunyai definisi kejayaan tersendiri dan dia melihat pengiktirafan terhadap hasil kerja seseorang pelakon daripada sudut berbeza.ARTIKEL BERKAITAN: Trofi bukan ukuran kehebatan, Sofia Jane sentuh isu pelakon berbakat tiada pencalonan FFMARTIKEL BERKAITAN: Sofia Jane persoal isu ‘demand’, tak salah pelakon tuntut karya berkualitiBaginya, penghargaan penonton serta pengiktirafan industri terhadap hasil kerja seseorang lebih bermakna berbanding sekadar meraih trofi kemenangan."Setiap pencapaian adalah berbeza mengikut individu. Saya tidak rasa anugerah itu satu pencapaian, Bagi saya, anugerah itu adalah apabila kerja keras anda dilihat. "Saya melihat pencalonan atau anugerah dengan sisi berbeza daripada orang lain. Pencapaian sebenar adalah apabila penonton menghargai lakonan anda. "Ia bukan hanya berdasarkan trofi kemenangan, tetapi bagaimana industri itu sendiri menghargai bakat anda dan anda pun sudah melakukan yang terbaik. Disebabkan itu adanya festival filem untuk meraikan kerja-kerja yang bagus," ujarnya.