ISU pelakon dikatakan terlalu memilih atau ‘demand’ ketika menerima tawaran berlakon bukan perkara baharu bagi Datin Sofia Jane, malah persoalan sama sudah berulang kali diajukan sejak berusia 20 tahun.Sofia atau Sofia Jane Hisham, 54, berkata istilah ‘demand’ sepatutnya dilihat daripada perspektif berbeza, terutama dalam soal tuntutan terhadap kualiti sesebuah karya. Kata Sofia, pelakon berhak menuntut skrip yang baik dan karya berkualiti bagi memastikan naskhah dihasilkan mampu memberikan sesuatu yang bermakna kepada penonton."Dari umur saya 20 tahun lagi, saya asyik dapat soalan yang sama fasal isu demand. Apa sebenarnya yang kita maksudkan dengan demand?Sofia Jane ada pendapat sendiri bercakap tentang isu 'demand'."Sebagai pelakon, penonton dan orang dalam industri berhak menuntut penulisan yang baik."Itulah demand sebenar bagi saya, tuntut teks (skrip) yang lebih bagus dan karya lebih berkualiti kerana mahu menjadi sebahagian daripada naskhah tersebut," katanya kepada mStar. Sofia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi temu bual ekslusif bersama Sofia Jane yang diadakan di Bangsar Village, Kuala Lumpur pada Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Tercalon Pelakon Wanita Terbaik FFM, Sofia Jane buka cerita mengenai industri perfilemanARTIKEL BERKAITAN: Alicia Amin ‘demand’ harga sebelum terima tawaran, banyak komitmen nak kena bayarDalam pada itu, Sofia enggan mengulas lanjut mengenai isu tuntutan bayaran dalam kalangan pelakon, namun berpendapat industri seni tempatan sepatutnya sudah mempunyai kadar bayaran standard sebagai panduan kepada semua pihak.Jelasnya, ketiadaan kadar bayaran tetap merupakan antara perkara yang perlu diperjuangkan komuniti seni bagi memastikan kebajikan penggiat industri lebih terpelihara."Ya, bayaran itu perkara lain. Itu perkara yang sepatutnya dah lama selesai. Kena ada baseline (kadar standard) kalau kita nak cakap fasal bayaran. "Tapi di Malaysia kita tiada kadar bayaran dan itulah sepatutnya komuniti dalam industri ini perjuangkan," ujarnya. Sebagai pelakon, penonton dan orang dalam industri berhak menuntut penulisan yang baikDATIN SOFIA JANEPELAKON Sementara itu, Sofia turut menasihati pelakon baharu supaya lebih bijak memilih karya dan berusaha menampilkan kelainan bagi membina identiti tersendiri dalam industri seni.Mengakui memahami keadaan pelakon yang baharu memulakan kerjaya dan belum mempunyai banyak pilihan, Sofia berkata mereka mungkin terpaksa menerima apa sahaja tawaran yang diberikan.Bagaimanapun, dia menyarankan pelakon baharu supaya mencari ruang untuk mengetengahkan keunikan masing-masing, terutama jika merasakan naskhah yang ditawarkan mempunyai jalan cerita yang hampir sama dengan karya lain.Sofia Jane bakal tampil dalam pementasan sebuah teater solo."Apabila saya menjadi pengajar kepada pelakon-pelakon muda, mereka sering bertanya apa yang harus mereka lakukan. Kadang kala kita baru dan tak ada pilihan, jadi kita ambil apa sahaja yang ada."Tapi kalau kita rasa cerita itu tak bagus atau sama macam cerita lain, buatlah sesuatu yang berbeza yang tidak pernah dilakukan orang lain supaya mendapat perhatian mungkin daripada penerbit, pengarah ataupun penulis yang nampak sesuatu yang unik di dalam diri anda,” "Tapi kalau buat sembrono sahaja, orang akan ingat anda tak serius sebab peningkatan itu tidak ada. Kita harus bekerja dan cari makan juga, tapi kalau kita sayangkan apa yang kita lakukan dan mahu kekal lama, anda perlu tampil berbeza," katanya.