suria

Alicia Amin ‘demand’ harga sebelum terima tawaran, banyak komitmen nak kena bayar

Alicia tidak kisah dilabel sebagai 'demand'.

BERSIKAP jujur mengenai bayaran, pelakon dan model Alicia Amin menegaskan dia hanya akan menerima tawaran lakonan yang menawarkan upah setimpal dengan komitmen dan risiko yang perlu ditanggung.

Meskipun tidak terlalu lama berkecimpung dalam dunia lakonan, Alicia atau Raja Alicia Raja Amin, 31, berkata pengalaman bekerja sejak usia muda menjadikan dia lebih memahami nilai masa dan tenaga.

"Saya tidaklah lama sangat dalam dunia lakonan tetapi saya dah lama bekerja sejak usia 15 tahun dalam dunia peragaan. 

Alicia mempunyai pengalaman bekerja sejak berusia 15 tahun.

"Tak mengapa orang nak cakap saya demand, tak semestinya baru dalam dunia lakonan komitmen saya pun sama dengan pendatang baharu. 

"Saya berusia 31 tahun, saya ada rumah. Saya ada macam-macam komitmen kena bayar. Jadi kita kena fikirlah fasal perkara ini semua," katanya kepada mStar. 

Dalam pada itu, Alicia memberitahu soal bayaran adalah perkara subjektif namun bagi dirinya ia perlu dilihat secara menyeluruh termasuk aspek persiapan produksi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau dia sanggup tunggu 10 tahun” - Alicia Amin belum fikir soal kahwin, ambil masa sebelum bergelar isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Alicia Amin cabar diri cakap dialek Sabah… Buku lali bengkak gara-gara babak aksi dalam filem ‘The Disappearance of Irdina Adhwa’

"Saya rasa perkara (bayaran) ini terpulang kepada diri masing-masing. Saya melihat daripada sudut keseluruhan seperti baju. Saya sangat ambil berat tentang pakaian untuk shooting. 

"Ada saja projek yang saya buat katanya nak sediakan baju tetapi pada akhirnya saya perlu mencari pakaian sendiri. 

"Nasib baik saya memang dah ada baju-baju tu, kalau tak ada macam mana? Disebabkan itu setiap kali terima tawaran saya perlu pertimbangkan banyak perkara. Kalau bayaran tak setimpal, tak mengapalah saya tak akan terima," ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Alicia kini membintangi filem Mikael: Pemburu Dua Alam yang sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Menurutnya, sepanjang tahun ini dia sudah terlibat dalam tiga buah filem dan kesemuanya bergenre aksi.

Alicia membintangi filem Mikael: Pemburu Dua Alam.

"Tahun ini saya ada tiga buah filem. Semuanya genre aksi. 

"Kalau ada peluang dan tawaran (bayaran) diberikan berbaloi saya akan berlakon lagi dalam filem aksi. Saya bermula berlakon filem aksi umur pun dah 30-an, agak berisiko berlakunya kecederaan. 

"Kos pemulihan dan fisioterapi itu tidak murah jadi banyak perkara perlu saya pertimbangkan," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain