suria

Aliff Syukri bantu Azar Azmi, berjaya kumpul RM35,000 dalam tempoh dua jam… “Duit ni nak beli keperluan anak”

Azar terharu menerima sumbangan ramai.

USAHAWAN Datuk Seri Aliff Syukri tampil membantu aktres Azar Azmi menjana pendapatan dalam satu sesi siaran langsung di platform TikTok pada malam Isnin.

Menerusi sesi berkenaan, Azar berjaya mengumpul RM35,000 hasil pembelian produk usahawan berkenaan.

Meluahkan rasa terharu, Azar atau Siti Azar Ameerah Azmi, 37, juga tidak menyangka masih ramai yang memberi sokongan dan sudi membantu ketika dia berdepan kesulitan.

Azar tidak menyangka ramai yang sudi membantu. 

"Saya tak jangka semua ini. Dalam fikiran saya, orang sudah nampak rekod-rekod tidak baik.

"Saya takut nak buat siaran langsung dan berjumpa orang. Lebih kepada perasaan bahawa orang tidak sukakan saya," katanya.

Sesi yang berlangsung sekitar dua jam itu diatur sendiri oleh Aliff sebagai usaha meringankan beban Azar selepas tular kisah kehidupannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Azar Azmi buka cerita peribadi, punca ‘hilang’ daripada industri… Berdepan pengalaman paling teruk dalam hidup 

ARTIKEL BERKAITAN: Lama menghilang, Azar Azmi akhirnya muncul berkongsi luahan rumah tangga - “Tak sangka jadi macam ini”

Pelakon tersebut dilihat tidak dapat menahan air mata ketika menerima wang berkenaan secara tunai.

Menurut Azar, wang berkenaan akan digunakan bagi membeli keperluan anak-anak.

Kisah hidup Azar menjadi bualan ramai. 

"Saya segan dan tak tahu nak cakap apa. Saya juga tidak tahu sudah berapa lama tiada duit. Duit ini saya nak beli barangan keperluan anak-anak," ujarnya.

Sebelum ini, nama Azar kembali menjadi bualan selepas dia dan suami dikaitkan dengan isu penipuan melibatkan penjualan tanah kurnia selain urusan darjah kebesaran.

Pelakon ini menjalani tempoh reman selama tiga hari bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain