PELAKON Rita Rudaini menyuarakan pendirian peribadinya berhubung isu pelajar cemerlang yang dinafikan daripada menerima anugerah dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akibat tunggakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).Dalam hal ini, Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata tindakan tersebut tidak wajar kerana ia melibatkan hak pelajar yang telah berusaha keras mencapai kejayaan itu. "Kalau pun ada tunggakan, selesaikan dengan cara bijak bukan sekat hak dia (pelajar). "Yang berusaha itu dia, jadi kenapa hak dia dinafikan? Jangan jadikan sistem sebagai alasan untuk menindas yang tak bersalah. Perkongsian Rita di Instastory miliknya."Sijil itu bukan ganjaran, itu bukti usaha dia yang tak patut disekat," katanya. Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Isnin. Dalam pada itu, Rita turut menegaskan bahawa isu tunggakan PIBG tidak seharusnya dicampur adukkan dengan pencapaian pelajar sehingga menjejaskan pengiktirafan terhadap usaha mereka."Biarlah dia raikan usahanya, tunggakan 'persatuan' (PIBG) itu jangan campur adukkan. ARTIKEL BERKAITAN: Isu ‘profesor kangkung’, Rita Rudaini kemukakan pula tuntutan balasARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini turun padang sokong program CSR sekolah anak"Boleh berbincang untuk selesaikan dengan macam mana cara pun. Persatuan tiada hak nak sekat apa-apa pun. "Persatuan pun atas nama ibu bapa dan pelajar, patut lebih tahu macam mana nak menjaga kebajikan bukan menekan-nekan (memaksa)," ujarnya. Dalam masa sama, Rita berharap agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan terhadap situasi tersebut, selain mempersoalkan peranan PIBG sekiranya ia gagal menjalankan tanggungjawab dengan adil terhadap ibu bapa dan pelajar."Bila PIBG tak jalankan tanggungjawab dengan adil dan betul kepada ibu bapa serta pelajar pula bagaimana?"Sumbangan, wang ringgit selama ini daripada sokongan ibu bapa walaupun hanya RM1. Tanpa sumbangan daripada ibu bapa persatuan akan lumpuh. Rita berharap isu pelajar cemerlang tidak mampu membayar yuran PIBG dilihat semula."Kementerian Pendidikan mohon ambil tindakan. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Persatuan hanya persatuan asalkan pelajar ini tidak pernah melakukan kesalahan melanggar undang-undang sekolah," katanya. Sebelum ini, tular di media sosial perkongsian seorang pengguna TikTok yang mendakwa adik sepupunya berdepan situasi tersebut ketika menghadiri majlis penyampaian anugerah di sebuah sekolah di Senawang, Negeri Sembilan.Menurut perkongsian itu, pelajar berkenaan yang memperoleh keputusan 9A dalam SPM hanya menerima sampul kosong tanpa sijil rasmi, manakala wang ganjaran RM250 daripada pihak sekolah didakwa ditahan sementara kerana isu tunggakan yuran PIBG.Bagaimanapun, menurut tinjauan mStar video berkenaan telah pun dipadam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!