PELAKON Azira Shafinaz tidak menolak kemungkinan riak wajah yang kelihatan garang antara punca lelaki berasa takut untuk mendekati dirinya.Hairan kerana ramai jejaka tidak berani mendekati, Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 35, mengaku dirinya terbuka untuk berkawan dan membawa hubungan ke fasa lebih serius. "Saya pun tertanya-tanya kenapa lelaki agak takut untuk mendekati saya. Mungkin sebab saya nampak garang? Kawan-kawan saya pun ada cakap perkara sama."Bukan takut apa, tetapi mungkin mereka rasa segan atau kurang yakin untuk mendekati saya pada tahap kehidupan saya sekarang. Hakikatnya, saya seorang yang sangat mudah didekati dan suka berkawan.Azira terbuka untuk berkawan ke fasa lebih serius."Kalau ada yang mendekati dan saya rasa dia sesuai untuk dijadikan calon suami, siapa tahu dan mungkin ada jodoh," katanya kepada mStar ketika ditemui pada majlis rumah terbuka dan tayangan treler rasmi filem terbaharu lakonannya, Tarung: The Unforgiven yang berlangsung di Kuala Lumpur,baru-baru ini.Azira bagaimanapun memberitahu dia kini bahagia menjalani kehidupan bujang dan tidak mahu menjadikan soal perkahwinan sebagai satu tekanan.Tidak mahu terburu-buru mencari jodoh, anggota kumpulan De Fam itu berkata dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup demi mengelakkan sebarang kesilapan pada masa hadapan."Buat masa ini, saya bahagia dengan kehidupan sendiri. Saya tidak terlalu memikirkan soal usia yang semakin meningkat. Tipulah kalau kata langsung tidak terfikir, tetapi saya tidak mahu menjadikannya sebagai tekanan untuk berkahwin cepat.ARTIKEL BERKAITAN: Sabar menanti jodoh, Azira Shafinaz dah lali sering diaju soalan kahwinARTIKEL BERKAITAN: Fesyen mencolok mata Azira Shafinaz dikecam netizen… “Kalau nak seksi pun biar lawa”"Keluarga juga tidak pernah mendesak. Saya tidak mahu melakukan kesilapan dalam memilih pasangan. Jika saya bertemu orang yang sesuai dan Allah membuka hati, insya-Allah. Doakan yang baik-baik untuk saya," ujarnya.Bercerita mengenai kriteria lelaki idaman, Azira mendedahkan dia sebenarnya seorang yang pemalu dan tidak akan memulakan langkah pertama untuk mendekati mana-mana individu. Katanya, dia lebih menghargai lelaki yang menunjukkan usaha daripada hanya sekadar bertanya khabar tanpa sebarang tindakan."Sejujurnya, saya jenis yang pemalu dan tidak akan memulakan langkah untuk mendekati lelaki terlebih dahulu. Saya faham mungkin saya nampak sukar didekati.Azira tidak akan memulakan langkah pertama untuk mendekati lelaki. "Namun, jika lelaki itu menunjukkan usaha, saya sangat menghargainya. Saya suka lelaki yang berusaha, walaupun melalui perkara kecil. Tidak perlu terlalu romantik. Perkara sederhana seperti bertanya sama ada saya sudah makan pun sudah memadai," tambahnya. Dalam perkembangan lain, Azira kini sedang sibuk mempromosikan filem Tarung: The Unforgiven arahan Razaisyam Rashid.Selain Azira, filem ini turut membariskan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Bront Palarae dan Aedy Ashraf.Naskhah terbitan Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw ini bakal menjengah pawagam seluruh negara bermula 7 Mei depan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube