suria

Sabar menanti jodoh, Azira Shafinaz dah lali sering diaju soalan kahwin

PELAKON dan penyanyi Azira Shafinaz menegaskan dirinya masih solo dan selesa menjalani kehidupan seperti sekarang meskipun sering diajukan pertanyaan mengenai status peribadi serta perancangan mendirikan rumah tangga.

Menurut Azira, 35, dia sememangnya mempunyai hasrat untuk berumah tangga namun reda sekiranya jodohnya belum tiba buat masa ini.

"Saya masih solo dan gembira dengan kehidupan sekarang. Sudah tentu saya mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga tapi jodoh belum sampai lagi. Jika ada, Alhamdulillah.

"Jika tiada jodoh sekali pun, saya rasa Allah hendak selamatkan saya. Mungkin ada perkara yang lebih baik buat saya pada masa akan datang,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi