suria

Terlintas buka tudung, Kilaifairy syukur masih kekal istiqamah berkat doa orang ramai

PERNAH terlintas dalam fikiran untuk menanggalkan tudung, pelakon Kilafairy mendedahkan perasaan itu muncul secara tiba-tiba dalam dirinya.

Menurut Kila atau Syakila Nisa binti Jahangir Khan,34, dia bagaimanapun nekad melawan perasaan itu dan berjaya kekal untuk istiqamah memakai tudung sehingga sekarang.

“Macam perasaan yang split second saja dan rasanya bukan saya seorang yang lalui perkara ini mungkin ada wanita bertudung diluar sana pun turut merasai sama.

“Tiba-tiba rasa macam lagi senang untuk pergi mana-mana atau ke majlis tanpa memakai tudung, tapi saya masih sayang untuk tanggalkan tudung ini.

“Mungkin berkat doa orang ramai dan saya rasa seronok sebab rupanya bukan saya seorang lalui perkara ini tapi macam ada terkait dengan wanita lain juga,”katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi