suria

Sebulan kenal, Boss James jatuh hati lihat sikap Hawa Rizwana... Puji cantik dan pandai

PERSONALITI media sosial Boss James mengakui dia kini berkawan rapat dengan pengacara dan pelakon Hawa Rizwana. 

Menurut James atau nama sebenarnya James Lee, 34, sifat Hawa yang baik dan lemah lembut itu membuatkan dia terpesona dan selesa untuk berkawan wanita berkenaan.

“Buat masa sekarang ini saya dengan Hawa hanya kawan saja, belum ada yang istimewa lagi antara kami sebab masih baru hanya sebulan saja tempoh perkenalan kami.

“Masa mula-mula jumpa Hawa saya tak sangka sebab dia sangat cantik dan baik orangnya malah lembut saja, lebih buatkan saya okay sebab dia rapat dengan keluarga dan jaga dengan baik.

“Saya terbuka sekiranya ada rezeki malah kalau diberikan peluang memang ada niat untuk kenal dia lebih rapat lagi sekadar kawan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi