PENYANYI Adira Suhaimi sekali lagi menafikan berlaku lafaz rujuk dengan bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Seri Adnan Abu Bakar.Adira menerusi peguam yang mewakilinya, Nor Saidah Zakaria berkata, Adnan mendakwa lafaz rujuk terjadi pada Mei 2024, namun Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi menegaskan perkara tersebut tidak pernah berlaku. Katanya, dakwaan rujuk itu kononnya dibuat secara lisan namun ia berlaku di luar pengetahuan anak guamnya.Peguam Adira memaklumkan perkara itu ketika ditemui media. “Kalau ikutkan hari ini adalah sebutan kali pertama kes ini. Pihak Adira menerima saman pengesahan lafaz rujuk pada 18 Disember 2025.“Hari ini kami hadir bagi memasukkan wakalah peguam dan pembelaan. Adira menafikan dakwaan rujuk tersebut.“Dakwaan menyatakan lafaz rujuk berlaku pada Mei 2024, namun berdasarkan pengetahuan Adira, tiada rujuk berlaku,” katanya kepada mStar.Saidah berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Barat, Sungai Buloh, Selangor pada pagi Selasa.ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red maklum berlaku rujuk dalam idah, minta peguam daftar pengesahan… “Sekarang tunggu mahkamah sahkan atau tidak”ARTIKEL BERKAITAN: Adira terkejut Datuk Red fail pengesahan rujuk dua hari lalu, serah kepada peguamDalam perkembangan sama, Saidah turut memaklumkan pihaknya menerima notis daripada peguam Adnan yang meminta ahli keluarga Adira menurunkan sebarang hantaran berkaitan usahawan itu di media sosial.“Hari ini juga kami menerima notis daripada peguam Adnan yang meminta keluarga Adira menurunkan sebarang hantaran berkaitan beliau di media sosial,” ujarnya.Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini menetapkan 16 Februari depan sebagai perbicaraan pertama pengesahan lafaz rujuk pasangan berkenaan.Peguamnya Nor Haiza Marina Mat Ramli memakumkan perbicaraan berkenaan akan dilakukan secara tertutup dan dihadiri plaintif serta defendan.Adnan dan Adira sah cerai pada April 2024. Sebelum ini, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red menerusi peguamnya memaklumkan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap Adira pada Disember tahun lalu.Adira turut memberi reaksi terkejut kerana tidak mengetahui tindakan yang diambil oleh bekas suaminya itu.Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube