suria

Tak faham istilah! Alqal Sahar bukan diliwat, tapi jadi mangsa amang seksual

Alqal mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang penggiat seni.

PELAKON Alqal Sahar tampil menjelaskan kekeliruan istilah sebenar liwat selepas didakwa menjadi mangsa seorang pengarah dalam satu pendedahan di aplikasi Threads miliknya, semalam.

Alqal berkata, makna sebenar yang ingin ditekankan bukan diliwat seperti yang ditulis, sebaliknya dakwaan pernah menjadi mangsa amang seksual ketika zaman kanak-kanaknya.

"Tiadalah sampai macam itu (diliwat). Dia paksa saya (lakukan amang seksual)," katanya dalam mesej peribadi (DM) kepada mStar di Threads.

Alqal sebelum ini dikenali sebagai pelakon kanak-kanak.

Sementara itu, Alqal turut tampil menjelaskan kekeliruan tersebut ketika dihubungi menerusi WhatsApp semalam.

"Sumpah saya tak tahu ayat liwat atau apa-apa.

"Saya tulis sebab hati dah panas.

ARTIKEL BERKAITAN:Bertahan demi cari duit, Alqal Sahar dakwa pengarah tujah lubang dubur… “Saya diliwat oleh darah daging sendiri berkali-kali”

ARTIKEL BERKAITAN:Pelakon lelaki dakwa diliwat dua individu, tak sedar kerana diberi dadah

"Niat saya tak nak pelakon kanak-kanak lelaki sekarang lalui apa yang saya rasa" katanya.

Menerusi tinjauan di akaun Threads milik pelakon drama Diari Ramadan Rafique itu, dia dilihat sudah memadam beberapa hantaran yang dimuat naik sebelum ini berkaitan dakwaan pernah diliwat.

Bagaimanapun perkongsiannya mengenai dakwaan zaman kanak-kanaknya hancur akibat perbuatan jijik yang dilakukan seorang individu masih dikekalkan di akaun Threads miliknya.

Semalam Alqal tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa pernah menjadi mangsa gangguan seksual seorang pengarah ketika di zaman kanak-kanak.

Alqal mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia terbabit dunia lakonan bagi membantu menyara keluarganya yang hidup dalam kesusahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain