MAHKAMAH Rendah Syariah Daerah Gombak Barat menangguhkan prosiding pengesahan lafaz rujuk membabitkan penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu Bakar, ke 16 Februari ini.Penangguhan itu dibuat susulan ketidakhadiran Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 38, pada sebutan pertama kes tersebut yang berlangsung hari ini. Peguam yang mewakili Adnan, Nor Haiza Marina Mat Ramli berkata, prosiding berkenaan sepatutnya membabitkan pembelaan pihak defendan namun Adira dimaklumkan tidak dapat hadir ke mahkamah.Datuk Red ketika ditemui media di perkarangan mahkamah. “Hari ini adalah sebutan pertama bagi kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Datuk Red semasa tempoh idah selepas perceraian dengan Adira.“Bagaimanapun, pihak peguam syarie defendan memaklumkan Adira tidak dapat hadir. Justeru mahkamah menetapkan perbicaraan secara tertutup pada 16 Februari depan,” katanya kepada mStar.Menurut Haiza, perbicaraan pada prosiding akan datang hanya akan dihadiri oleh plaintif dan defendan tanpa kehadiran pihak luar.Dalam masa sama, Haiza turut memaklumkan pihaknya telah menyerahkan surat peringatan kepada Adira serta ahli keluarganya berhubung hantaran kes tersebut di media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red maklum berlaku rujuk dalam idah, minta peguam daftar pengesahan… “Sekarang tunggu mahkamah sahkan atau tidak”ARTIKEL BERKAITAN: Adira terkejut Datuk Red fail pengesahan rujuk dua hari lalu, serah kepada peguam“Kami juga mengemukakan surat peringatan berkenaan halangan komunikasi Datuk Red dengan anak-anak serta Adira.“Ketika ini, Datuk Red hanya boleh berhubung dengan anak-anak melalui orang tengah dan bukan secara terus dengan Adira,” jelasnya.Sementara itu, peguam syarie yang turut mewakili Adnan iaitu, Muhammad Akmal Amzan enggan mengulas lanjut berhubung kes pengesahan lafaz rujuk berkenaan bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses perbicaraan.“Buat masa ini kami tidak boleh memberi sebarang kenyataan kerana kes masih dalam proses dan perbicaraan akan dijalankan secara tertutup.“Kami tidak mahu sebarang sentimen luar menjejaskan perjalanan kes di mahkamah,” katanya.Datuk Red dan Adira sah bercerai pada April 2024. Sebelum ini, Adnan menerusi peguamnya memaklumkan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz rujuk terhadap Adira pada Disember tahun lalu, sekali gus mengejutkan penyanyi berkenaan yang mendakwa tidak mengetahui tindakan tersebut.Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, namun bercerai pada 24 April 2024.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube