ISU melibatkan penyanyi dan pelakon era 1970-an yang dikatakan gagal membayar sewa rumah sebelum ini telah berjaya diselesaikan.Pemilik unit kondominium yang terletak di Ampang, Selangor, yang mahu dikenali sebagai Mr Chong memaklumkan pihaknya menerima bayaran RM2,800 pada Selasa. Bayaran tersebut dibuat oleh pihak ketiga yang hadir memberikan bantuan selepas kisah penyanyi itu menjadi bualan sebelum ini.“Saya sudah menerima bayaran tertunggak itu. Saya terima RM2,800 daripada jumlah RM5,200 selepas ditolak wang deposit.Penyanyi wanita itu meminta masa untuk mengosongkan rumah berkenaan. “Ada pihak menghubungi saya sebelum ini dan memberitahu ingin membantu. Namun, saya tidak berhubung dengan penyanyi tersebut,” katanya kepada mStar.Chong juga memberitahu penyanyi itu memberi jaminan akan keluar dari kediaman berkenaan dalam masa terdekat seperti yang dijanjikan.Dia turut meluahkan rasa lega apabila isu itu dapat diselesaikan segera dan sedia memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk berpindah keluar.ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi veteran gagal bayar sewa rumah 4 bulan, degil tak mahu keluar… Pemilik buat laporan polis ARTIKEL BERKAITAN: Gagal bayar sewa rumah sampai kena halau, penyanyi lelaki mungkin terpaksa bawa keluarga merempat“Dia minta masa untuk keluar dari rumah itu. Saya tiada masalah untuk memberinya masa kerana faham perlu mengemas banyak barang. Cuma saya harap ia dapat diselesaikan sebelum hujung Januari ini.“Memang menjadi harapan saya agar ada pihak yang membantu dia sebelum ini. Saya lega kerana semuanya telah selesai. Tiada niat untuk menghentam atau memburukkan dia. Saya berkongsi cerita sebelum ini pun dengan harapan ada yang membantu,” ujarnya.Sebelum ini, Chong berkongsi kisah tentang penyanyi tersebut yang didakwa berdegil kerana enggan keluar dari rumah miliknya selepas diberi notis.Notis berkenaan diberikan pada Jun tahun lalu, namun penyanyi itu masih terus tinggal di rumah berkenaan dan gagal membayar sewa bulanan bagi tempoh Oktober hingga Januari.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube