suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haqiem Stopa sah bercerai talak satu

Haqiem (kiri) dan Aireena sah bercerai pada pagi Selasa.

PERSONALITI media sosial, Haqiem Stopa sah bercerai talak satu dengan isterinya, Aireena di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada Selasa. 

Lafaz cerai dilakukan oleh Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, di hadapan Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib kira-kira pukul 9.30 pagi. 

Menurut peguam yang mewakili Aireena, Hadi Salleh, perceraian pasangan itu diselesaikan secara baik tanpa sebarang pertikaian setakat ini.

Aireena (kiri) bersama Hadie ketika menghadiri prosiding cerai pada pagi Selasa.

"Penceraian mereka diselesaikan dengan baik. Buat masa ini belum ada tuntutan yang dibincangkan dan sekiranya berlaku pihak kami harap semuanya dapat diselesaikan di luar mahkamah," katanya ketika dihubungi mStar. 

Kisah rumah tangga pasangan ini mula meraih perhatian selepas Aireena tampil memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November tahun lalu. 

Kemelut rumah tangga mereka didakwa melibatkan orang ketiga selepas Aireena menerusi hantaran di Threads mendakwa Haqiem telah berlaku curang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh curang, Haqiem Stopa tunggu masa sesuai beri kenyataan… Bakal kemuka bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Sedia buat sumpah laknat… Haqiem Stopa akui berada dalam rumah dengan remaja 18 tahun, tapi tidak lakukan perbuatan ‘jijik’

Malah Aireena mendakwa Haqiem kini mempunyai hubungan istimewa dengan seorang wanita berusia 18 tahun. 

Untuk rekod, Haqiem dan Aireena mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober 2024 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Hud yang kini berusia empat bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain