suria

Sedia buat sumpah laknat… Haqiem Stopa akui berada dalam rumah dengan remaja 18 tahun, tapi tidak lakukan perbuatan ‘jijik’

Haqiem akui tak buat lebih dari bersedudukan.

PERSONALITI media sosial, Haqiem Stopa tampil menjawab pendedahan isterinya, Aireena, yang mendakwa dia  bersama dengan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di sebuah rumah. 

Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, bagaimanapun tidak menafikan dia berada dalam situasi tersebut namun menegaskan tiada apa yang berlaku seperti disangka ramai.

Kata Haqiem dia juga bersedia untuk melakukan apa sahaja bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

Haqiem tampil bersihkan namanya.

“Saya memang berada di tempat kejadian, tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku lebih daripada itu.

“Kalau nak saya bersumpah laknat atas nama Rasulullah sekalipun, saya tiada masalah. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan orang ramai yang ada berlaku sesuatu antara kami.

"Apa saja yang boleh buktikan saya tak buat apa-apa, saya setuju. Nak panggil ibu bapa budak itu pun saya tak kisah," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduhan ‘check in’ dengan wanita lain tak benar, Haqiem Stopa masih sayang isteri doa dilembutkan hati

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Stopa enggan ceraikan Aireena, mahkamah arah lantik JKP… “Saya menggigil, tak pernah fikir sampai tahap ini”

Menurut Haqiem, dia juga tidak bermalam di rumah berkenaan malah mempunyai saksi yang turut bersamanya melihat dia hadir ke kediaman berkenaan pada waktu siang.

Jelasnya, tujuan sebenar dia berada di rumah berkenaan untuk mencari individu yang dipercayai 'informer' kepada isterinya sekali gus menjadi punca mereka kerap bergaduh.

"Saya berada di rumah itu dari jam 8 pagi sampai lebih kurang 12 tengah hari. Tiada niat nak bermalam. Saya tak bermalam di situ. 

Saya berhubung dengan perempuan itu hanya lima hari sahaja.

HAQIEM STOPA

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Saya pun tak pergi malam-malam sebab itu akan jadi lebih teruk. Kami berada di situ pun siang dan ramai orang, bukan berdua," luahnya.

Dalam pada itu, Haqiem memberitahu dia tidak pasti punca sebenar remaja berkenaan membuat pengakuan tersebut namun menegaskan ia bukan seperti yang difikirkan.

Tegas Haqiem, dia hanya mengenali remaja berkenaan dan hubungan mereka tidak lebih daripada kawan. 

"Saya tak tahu apa yang mereka sembangkan di sana, sebab masa isteri saya sampai di rumah itu sekitar jam 1 petang, saya dah pun keluar.

Haqiem akui masih sayang isterinya.

"Saya dengan dia tiada apa-apa hubungan, tiada kasih sayang, tiada perasaan dan tiada hubungan sulit. Asalnya memang tiada apa-apa. Saya berhubung dengan perempuan itu hanya lima hari sahaja," kongsinya.

Sebelum ini  Aireena tampil mendedahkan rakam video pengakuan remaja yang mendakwa dia tidur sebilik bersama Haqiem.

Kisah rumah tangga pasangan ini mula meraih perhatian selepas  Aireena tampil memfailkan permohonan cerai terhadap Haqiem pada 4 November lalu dan prosiding tersebut masih dijalankan di mahkamah. 

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Hud, yang kini berusia tiga bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain