suria

Haqiem Stopa enggan ceraikan Aireena, mahkamah arah lantik JKP… “Saya menggigil, tak pernah fikir sampai tahap ini”

Haqiem enggan lepaskan Aireena kerana masih sayang.

PERSONALITI media sosial, Haqiem Stopa teguh dengan pendiriannya untuk tidak ‘melepaskan’ isterinya, pempengaruh Aireena Sofia dalam kes permohonan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, Selangor pada pagi Isnin.

Dalam prosiding berkenaan, Haqiem atau Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, memaklumkan kepada mahkamah dia tidak bersetuju dengan tuntutan cerai yang difailkan oleh Aireena pada 4 November lalu melalui peguam syarie, Hadi Salleh.

“Ya, betul. Hari ini sebutan pertama kes cerai saya dengan isteri.

Haqiem masih cuba memujuk hati Aireena.

“Ketika ditanya, saya beritahu mahkamah saya tidak bersetuju untuk melepaskan isteri kerana masih sayangkan dia,” katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Haqiem, dia berasa sangat gementar sebaik tiba di perkarangan mahkamah kerana tidak pernah menyangka rumah tangganya akan sampai ke peringkat itu.

Jelasnya, dia telah berusaha memujuk Aireena untuk berdamai namun belum menerima respons positif.

“Memang menggigil bila pertama kali melangkah ke mahkamah. Tak pernah terfikir saya akan sampai ke sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh curang, Haqiem Stopa tunggu masa sesuai beri kenyataan… Bakal kemuka bukti

ARTIKEL BERKAITAN: Aireena dakwa Haqiem Stopa curang lagi, ditinggalkan sejak dalam pantang… “Perempuan itu baru 18 tahun”

“Saya perlukan masa untuk pujuk isteri dan perbaiki diri supaya dapat menjadi suami yang lebih baik.

“Usaha memujuk dah lama dilakukan, cuma belum berhasil,” jelasnya.

Sementara itu, peguam syarie mewakili Aireena, Hadi Salleh, ketika dihubungi memaklumkan prosiding hari ini hanya melibatkan sebutan pertama kes.

Menurutnya, kedua-dua pihak diarahkan melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan hadir pada 13 Januari ini. 

Hadi peguam syarie mewakili Aireena.

“Pihak kami mengesahkan tuntutan cerai telah difailkan pada 4 November 2025. Dalam sebutan hari ini, defendan iaitu Sadzri Hakim menyatakan tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut.

“Justeru, Hakim Syarie Mohd Faizal Habib mengarahkan supaya JKP dibentuk bagi membantu mencari penyelesaian rumah tangga pasangan ini,” katanya.

Dalam prosiding itu, Aireena hadir bersama peguam, manakala Haqiem hadir sendirian tanpa diwakili peguam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain