suria

Dr Afifah bukan tak ‘move on’, minta masa untuk lupakan

Dr Fie perlukan masa untuk mulakan hidup baru.

ISTERI kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah menegaskan setiap perkongsian di media sosial sekadar luahan perasaan dan bukan ditujukan kepada sesiapa seperti yang didakwa segelintir netizen.

Menurut Dr. Afifah, bukan mudah untuk melalui fasa sukar dalam rumah tangga, apatah lagi setiap aktivitinya di media sosial pasti menjadi perhatian.

“Bila cakap pasal move on, cepat sangat pun salah… tak move on pun salah.

Dr Fie ditemani peguamnya semasa berada di mahkamah.

“Macam saya cakap sebelum ini, beri saya masa,” katanya kepada mStar.

Dr. Afifah ditemui selepas prosiding hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Rabu.

Jelas ibu kepada tiga cahaya mata itu, perjalanan untuk melupakan kenangan bersama Nubhan bukan sesuatu yang mudah memandangkan hubungan mereka sudah terjalin lebih daripada 10 tahun.

“Saya bukan kenal dia waktu 10 tahun kahwin saja. Sebelum kahwin pun kami dah berkawan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Terima kasih Nubhan! Dr Afifah lega dapat hak penjagaan penuh tiga anak

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Afifah dapat hak jagaan tiga anak, Nubhan beri kerjasama baik

“Kalau campur semua sekali, memang berbelas tahun,” ujarnya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan penuh bagi ketiga-tiga anak kepada Dr. Afifah, manakala Nubhan diberikan hak lawatan dua kali sebulan.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, bagi mengesahkan lafaz cerai yang berlaku pada 2017 dan pada 26 Ogos lalu, selain satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aafan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Artikel Lain

Bung Moktar meninggal dunia