PELAKON Uqasha Senrose menafikan dakwaan kononnya dia menghalang suami aktor Kamal Adli untuk berjumpa anak mereka.
Uqasha menerusi peguamnya, Muhammad Syazmee Sapian, memberitahu satu pertemuan telah dirancang sebelum ini buat Kamal untuk bersama anaknya, Hawra Uqaira sebelum ini.
Katanya, Uqasha juga tidak mempunyai sebarang halangan berkaitan pertemuan antara Kamal dan anak mereka.
“Perkara ini dibincangkan bersama adik Uqasha. Mereka dibawa berjumpa di satu kedai kopi. Bukannya terjumpa, bukannya tak sengaja, bukannya tidak dirancang, ia memang dirancang untuk berjumpa dengan anak tersebut.

Uqasha tiada masalah jika Kamal mahu berjumpa dengan anak.
“Jadi, dakwaan bahawa tak bagi jumpa anak itu tidak betul. Hakikatnya, Kamal memang sudah berjumpa anak pada hari itu,” katanya.
Syazmee menjelaskan perkara tersebut selepas Kamal mendakwa dia berjumpa Hawra Uqaira secara tidak sengaja pada 10 November lalu.
Tambahnya Uqasha juga sangat memahami tanggungjawab Kamal sebagai seorang bapa terhadap anak mereka.
Malah pelakon itu tidak akan memutuskan hubungan antara seorang bapa dan anak.
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli minta Uqasha Senrose timbang rasa, beri ruang jumpa anak… Mahkamah perintah lantik JKP
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Uqasha ada pendiriannya, saya pun sama” - Kamal Adli tak mahu berpisah
“Mengenai perancangan untuk Kamal berjumpa anak, tidak ada masalah. Kalau Kamal mahu jumpa maklumkan lebih awal, kami boleh berbincang perkara itu, sebab kita hormati kedudukannya sebagai bapa.
“Kami percaya anak perempuan memang ada ikatan dengan bapa, jadi tiada masalah selagi tiada halangan atau isu lain,” ujarnya.
Sementara itu Uqasha memegaskan perkara sama secara ringkas dan memberitahu Kamal dibenarkan berjumpa anak.
“Dia boleh sahaja berjumpa anak pada bila- bila masa,” katanya ringkas.

Uqasha menfailkan cerai pada 1 Oktober lalu.
Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.


