suria

[V] Kamal Adli minta Uqasha Senrose timbang rasa, beri ruang jumpa anak… Mahkamah perintah lantik JKP 

PELAKON Kamal Adli meminta isterinya yang juga Uqasha Senrose untuk memudahkan urusan dia berjumpa anak ketika berdepan kes cerai. 

Dakwa Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, dia sudah lama tidak bertemu dengan anak perempuannya, Hawra Uqaira. 

“Saya berjuang untuk jumpa anak. Harap isteri dapat mudahkan urusan untuk jumpa anak. 

“Saya datang ke mahkamah hari ini sebab anak. Dia perlukan ibu bapanya. Itu yang paling penting. Saya tak fikir fasal diri sendiri, fikir fasal anak sahaja,” katanya. 

Kamal merayu perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. 

Kamal ditemui selepas prosiding tuntutan cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu. 

Pelakon itu juga mendakwa kali terakhir berjumpa Hawra Uqaira pada 10 November lalu secara tidak sengaja. 

Dalam masa sama, Kamal juga enggan mengulas lanjut berkaitan dakwaan Uqasha diabaikan ketika tempoh hamil sebelum ini. 

Baginya apa yang dilalui dalam perkahwian adalah urusan peribadi dan hanya mereka berdua sahaja yang tahu. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Uqasha ada pendiriannya, saya pun sama” - Kamal Adli tak mahu berpisah 

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose dakwa Kamal Adli persiakan peluang kedua, nekad bawa haluan sendiri… “Saya dan anak nak selamatkan diri” 

“Kenyataan diabaikan itu hanya kami berdua sahaja tahu. Bukan untuk dikongsi kepada orang ramai. Ini hal keluarga. 

“Kami telah melalui bersama segalanya. Saya sakit dia yang ubati,” ujarnya. 

Dalam usaha mempertahankan rumah tangga, Kamal juga menyerahkan segala urusan perceraian kepada prosedur undang-undang syariah. 

Dalam prosiding yang berlangsung Hakim Syarie, Siti Noraini Mohd Ali mengarahkan kedua-duanya untuk melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan menetapkan tarikh 18 Disember depan sebagai tarikh pembentangan laporan bagi kedua-dua pihak. 

Mahkamah perintah kedua-dua mereka melantik JKP. 

“Sekarang ini kita ikut sahaja prosedur undang-undang. Saya akan cakap semuanya dalam perbincangan JKP. 

“Tak perlu ada orang ketiga. Malaysia sudah ada undang-undang,” jelasnya. 

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. 

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain