suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasas Boat Noodle, BananaBro meninggal dunia

Khabar duka pemergian pengasas BananaBro dan Boat Noodle itu dikongsi menerusi Facebook.

USAHAWAN di sebalik rangkaian makanan dan minuman (F&B) popular tempatan iaitu BananaBro dan Boat Noodle Tony Lim meninggal dunia.

Pemergian mendiang Tony, 47, dimaklumkan menerusi ucapan takziah dikongsikan oleh kedua-dua jenama berkenaan di media sosial pada Isnin.

Dalam satu kenyataan, BananaBro mengenang Tony sebagai individu yang mempunyai visi membawa hidangan nasi daun pisang Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Tidak hanya itu, mendiang dikenang sebagai seorang ketua yang komited terhadap kakitangan dan rakan perniagaannya.

"Dengan hati yang berat, kami mengumumkan pemergian pengasas kami yang disayangi, Tony Lim. Terima kasih, Tony. Semangat dan minat mendalam kamu menjadi inspirasi buat kami.

"Sikap pemurah kamu menyentuh hati kami dan legasi yang ditinggalkan akan terus kekal selamanya," menurut kenyataan itu.

Mendiang disifatkan sebagai individu yang pemurah dan bersemangat tinggi dalam membangunkan dua jenama berkenaan.

Boat Noodle pula menyifatkan Tony sebagai mentor dan pejuang yang sentiasa memberikan kepercayaan penuh terhadap insan di sekelilingnya.

"Dia bukan sekadar pengasas. Dia seorang mentor, orang yang mempunyai impian, pejuang dan segalanya. Dia seseorang yang benar-benar percaya kepada orang lain.

"Kami akan merindui senyumanmu, semangat juang kamu serta kepercayaan kamu terhadap kami semua.

"Kami berjanji untuk terus berkembang, menjadi lebih baik dan membanggakan kamu," ujar Boat Noodle di Facebook.

Mendiang mula mencipta nama dalam industri F&B Malaysia pada 2014 apabila mengasaskan Boat Noodle, sebuah konsep makanan jalanan Thailand yang memperkenalkan hidangan mi dalam mangkuk kecil.

Susulan kejayaan itu, Tony melancarkan BananaBro pada 2018 dengan mengetengahkan pendekatan moden terhadap hidangan tradisional nasi daun pisang.

Rangkaian restoran itu berkembang kepada lebih 30 cawangan di seluruh negara dan merekodkan anggaran pendapatan sebanyak RM70 juta pada 2023.

Artikel Lain