suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingatkan ada orang ketiga... Polis bongkar punca anggota tentera tembak isteri berselimut atas katil sebelum ambil nyawa sendiri

Tindakan akibat hilang pertimbangan boleh mendorong seseorang melakukan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG anggota tentera dipercayai menembak mati isterinya yang sedang hamil sebelum bertindak mengambil nyawa sendiri dalam kejadian pada Sabtu lalu.

Kejadian berlaku di daerah Bang Khen, Bangkok, Thailand.

Menurut Polis Bang Khen, segalanya terbongkar apabila adik kepada anggota tentera itu tidak dapat menghubunginya melalui telefon.

Si adik kemudiannya pergi ke pangsapuri yang didiami mangsa sebelum menemukan mayat abang serta kakak iparnya dan bertindak memaklumkan pihak berkuasa.

Polis yang menerima laporan kira-kira pukul 3 petang bergegas ke lokasi kejadian di pangsapuri Security Centre, yang dikendalikan oleh Markas Besar Angkatan Tentera Diraja Thailand, di Soi Lat Pla Khao 68, kawasan Anusawari.

Pemeriksaan di tingkat lima bangunan kediaman itu menemukan seorang lelaki berusia 32 tahun dalam keadaan duduk di atas kerusi dengan kesan tembakan pada bahagian kepala. 

Sepucuk pistol jenis 9mm turut ditemukan berhampiran tangan kanannya.

Sementara itu, isterinya yang berusia 31 tahun dan bekerja di Kementerian Kesihatan Awam Thailand ditemukan terbaring di atas katil dalam keadaan berselimut.

Wanita berkenaan mengalami dua kesan tembakan menggunakan peluru berkaliber sama.

Menurut polis, hasil siasatan awal mendapati punca pertengkaran pasangan yang berkahwin pada Mac 2026 itu adalah salah faham berkaitan masalah kewangan, bukan kerana kehadiran orang ketiga.

Kedua-dua mayat tersebut telah dihantar ke unit forensik di Hospital Bhumibol Adulyadej untuk bedah siasat, sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi tujuan upacara keagamaan. -Agensi

Artikel Lain