Sesetengah individu memilih untuk bersikap profesional dalam urusan kerja namun membelakangkan agama. -Gambar hiasan AI
SETIAP pasangan pasti mempunyai pandangan serta prinsip tersendiri, maka perbezaan pendapat dalam sesebuah hubungan boleh mencetuskan perselisihan faham jika tidak dibincangkan dengan baik.Begitulah kisah seorang lelaki yang meluahkan rasa terkilan gara-gara tunangnya didakwa tidak menjaga batas pergaulan apabila bersalaman dengan tetamu lelaki ketika menghadiri satu majlis berkaitan kerja.Menceritakan kejadian itu, lelaki berkenaan berkata tunangnya menghadiri majlis makan tengah hari bersama rakan sekerja yang mana secara kebetulan, dia merupakan satu-satunya wanita dalam kumpulan tersebut.Komunikasi dan perbincangan secara terbuka amat penting bagi mengelakkan salah faham. -Gambar hiasan AI "Tunang saya menghadiri satu majlis makan tengah hari dengan kawan kerja dia. Semua tetamu tu lelaki, kecuali tunang saya."Ada beberapa tetamu lelaki tu datang dari luar negara lain makan tengah hari bersama. Apabila tetamu luar negara tu hulur tangan, tunang saya sambut."Dia bersalaman dengan mereka tanpa rasa serba salah. Apabila saya tegur, dia bukannya nak pujuk hati saya yang tergores ni," ceritanya di Threads.Tindakan wanita berkenaan membuatkan lelaki itu berasa kecil hati, lantas meminta pandangan netizen tentang tindakan terbaik yang perlu diambil untuk menangani situasi tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Ramai anggap tanda hormat, bukan bernafsu... Kena ambil tahu hukum sebenar bersalaman wanita tua bukan mahramARTIKEL BERKAITAN: Terlupa dengan siapa kita tak boleh salam masa raya? Ini senarai lengkap untuk lelaki dan perempuanPerkongsian berkenaan menarik pelbagai reaksi di media sosial, dengan rata-rata pengguna memberikan pandangan berbeza mengenai batas pergaulan serta cara menguruskan konflik dalam fasa bertunang."Dia beritahu semua yang berlaku kepada awak? Jika ya, dia memang tak berselindung apa-apa daripada awak. Boleh nasihatkan dia atau bagi jalan penyelesaian."Tunduk hormat la kalau dah ada pasangan. Mungkin dia tak peka dengan situasi. Berbincang dengan dia. Anggap ini ujian fasa pertunangan," komen beberapa netizen.Menjawab salah satu komen tersebut, lelaki berkenaan menjelaskan yang tunangnya memang menceritakan keseluruhan situasi itu selepas ditanya.Tunang sambut salam tetamu lelaki ketika majlis makan tengah hari bersama rakan sekerja.Bakal suami terkilan apabila teguran mengenai batas pergaulan dibalas dengan kemarahan.Tunang beri alasan mahu menghormati tetamu dan majikan yang hadir pada majlis itu.Lelaki berkenaan meminta pendapat netizen mengenai tindakan yang sewajarnya diambil.Perkongsian di Threads mengundang pelbagai reaksi mengenai batas pergaulan dalam hubungan.Ringkasan ini dijana oleh AIDia turut meluahkan rasa terkilan apabila tegurannya dibalas dengan kemarahan, sedangkan isu itu boleh dibincangkan secara baik tanpa mencetuskan pertelingkahan."Saya tegur mengenai situasi tu tapi dia balas dengan marah saya. Tunang cakap dia buat macam tu sebagai tanda hormat sebab ada ramai majikan dia dekat situ."Tapi apabila saya terlanggar tangan dia sikit, bukan main lagi dia tepis cakap haram. Boleh ke dia bagi alasan bersalaman tu sebab tak nak rasa macam tidak hormat tetamu depan bos."Saya sendiri pun pernah alami situasi nak bersalaman dengan perempuan, saya tolak je dengan baik. Kenapa dia tak fikir panjang," balas lelaki itu memberi respon kepada netizen.