Keputusan untuk membeli atau menyewa terletak pada kesesuaian kewangan masing-masing. -Gambar hiasan AI
APABILA usia semakin meningkat, pasti ramai dalam kalangan kita mengimpikan untuk memiliki kediaman sendiri.Namun, dalam keadaan ekonomi semasa, ramai mula mempersoalkan sama ada lebih baik membeli rumah atau cukup sekadar menyewa? Menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), berikut merupakan beberapa soalan yang anda perlu jawab untuk menentukan pilihan yang paling sesuai dengan diri masing-masing.1. Mampukah saya membeli rumah pada masa ini?Membeli rumah bukan sekadar melibatkan harga yang tertera pada iklan.Terdapat beberapa kos yang perlu dirancang antaranya, wang pendahuluan, yuran guaman, duti setem serta kos pengubahsuaian atau pembaikan. Selain itu, pemilik rumah perlu menanggung kos berterusan seperti ansuran pinjaman bulanan, cukai taksiran, cukai tanah serta yuran penyelenggaraan.2. Adakah saya bersedia untuk menetap atau masih memerlukan fleksibiliti?Pertimbangkan keadaan hidup anda ketika ini.Adakah anda sudah mempunyai pekerjaan yang stabil dan selesa dengan komuniti tempat tinggal sekarang, atau menjangkakan perubahan seperti pertukaran kerjaya, melanjutkan pelajaran atau memulakan kehidupan berkeluarga?Segelintir individu tertekan untuk memiliki kediaman sendiri kerana usia yang semakin meningkat. -Gambar hiasan AIJika masa depan masih belum menentu, menyewa memberikan lebih fleksibiliti untuk berpindah atau menyesuaikan diri dengan perubahan tanpa perlu menanggung kerumitan dan kos menjual hartanah.3. Adakah saya bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemilik rumah?Memiliki rumah bermakna anda perlu menguruskan kerja pembaikan, pembayaran bil, penyelenggaraan, cukai hartanah dan insurans.Semua ini boleh memakan masa serta melibatkan kos yang tinggi.Apabila menyewa, kebanyakan tanggungjawab tersebut biasanya terletak pada pemilik rumah, bergantung mengikut perjanjian sewaan. Jadi, pilihan manakah yang paling sesuai?Menyewa atau membeli rumah, kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.Pilih untuk menyewa jika anda mementingkan fleksibiliti, belum bersedia menanggung hutang jangka panjang atau mahu menikmati kehidupan di bandar tanpa terikat dengan komitmen pemilikan hartanah.Pilih untuk membeli jika anda sudah bersedia untuk menetap, mahu membina nilai ekuiti hartanah dan mempunyai kestabilan kewangan yang mencukupi untuk menanggung komitmen tersebut.Hendak menyewa atau membeli, buatlah pilihan tepat yang selari dengan keperluan semasa demi kelangsungan masa depan lebih terjamin.