SESIAPA sahaja pasti tergerak hati untuk membantu adik-beradik yang berada dalam kesusahan mengikut kemampuan masing-masing.Namun, kadangkala niat murni itu boleh memakan diri sendiri seperti yang dialami seorang lelaki ini, apabila dia kini terpaksa menanggung bebanan hutang bulanan akibat perbuatan ahli keluarga sendiri. Berkongsi pengalaman pahit tersebut, dia meluahkan rasa menyesal yang amat sangat kerana sanggup menggunakan kemudahan pinjaman e-dagang demi membantu adik-beradiknya.Malah, dia turut menyifatkan diri sendiri sebagai seorang yang kurang bijak kerana terlalu mempercayai darah daging sendiri.Sesiapa sahaja pasti berasa runsing apabila mengetahui individu yang meminjam cuba mengelakkan diri. -Gambar hiasan AI"Ada si bodoh yang gunakan kemudahan pinjaman e-dagang sampai 24 bulan kepada adik-beradik sendiri."Sekarang kena tanggung RM400 sebulan untuk langsaikan hutang tersebut... akulah si bodoh tu," luahnya sambil menyalahkan diri sendiri di Thread.Mengimbau kembali kesilapan berkenaan, lelaki itu memberitahu bahawa dia hulurkan bantuan tersebut semata-mata kerana mahu membantu ahli keluarganya yang sedang terbeban dengan pelbagai masalah kewangan.Lelaki kesal meminjamkan kemudahan pinjaman e-dagang kepada adik-beradik untuk tempoh 24 bulan.Dia kini terpaksa menanggung bayaran RM400 sebulan bagi melangsaikan hutang tersebut.Bantuan dihulurkan kerana mahu meringankan beban ahli keluarga yang banyak hutang.Adik-beradik terbabit didakwa mendiamkan diri dan menyekat nombor telefonnya.Netizen berkongsi pengalaman menanggung hutang pinjaman yang dibuat untuk keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AIMalah katanya, tindakan tersebut hanyalah untuk meringankan beban dan membolehkan kewangan individu terbabit kembali 'bernafas'."Saya beri sebab dia banyak hutang, konon nak tolong, sekali diam sampai sekarang."Saya pun tak reda sebab menjerat diri sendiri. Menangis tanggung semua ni," tambahnya sambil menyatakan nombor telefonnya kini disekat individu berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Anak emas nak kahwin tapi ‘peras’ duit adik-beradik... Mak minta RM5,000 seorang demi majlis gah si bongsu!ARTIKEL BERKAITAN: Meter air nak kena potong, wanita tebal muka ‘menggemis’ wang dari adik-beradik... Jawapan abang undang air mata!Hantarannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman hampir sama."Saya juga si bodoh tu, buatkan pinjaman beli motosikal untuk darah daging sendiri atas desakan orang tua dan akhirnya tidak dibayar."Kau belum jumpa si tolol yang buatkan pinjaman bank berjumlah RM50,000 untuk adik-beradik dan beli kereta guna nama sendiri tapi adik-beradik yang guna," demikian reaksi netizen.