Antara titik terendah bagi pasangan suami isteri adalah apabila terpaksa menebalkan muka meminta bantuan keluarga atau rakan untuk meminjam wang. -Gambar hiasan AI
KESEMPITAN hidup adakalanya memaksa seseorang mengetepikan rasa malu untuk meminta bantuan daripada orang lain demi kelangsungan hidup.Namun apa lebih memilukan apabila bantuan diharapkan daripada insan paling rapat bukan sahaja berakhir dengan kekecewaan, malah dilemparkan dengan kata-kata menghiris hati. Begitulah luahan seorang wanita yang berkongsi detik sukar apabila dia terpaksa menghubungi adik-beradiknya bagi meminjam wang untuk menjelaskan tunggakan bil air berjumlah RM184."Orang pejabat air datang nak potong meter rumah aku. Aku dan suami memang kekurangan, kais pagi makan pagi."Hari ni aku minta tolong kakak aku untuk bagi pinjam sebab memang aku tak mampu. Tapi kata dia, tinggal sikit je lagi duit gaji dia. Aku faham, bukan aku seorang yang susah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Adik dilema kakak tagih bayar bil bulanan mesin penapis air, bukan berkira tapi komitmen sendiri pun makin banyakARTIKEL BERKAITAN: Adik hilang kerja, tak kenang budi kakak bantu selesai tunggakan pinjaman! 10 tahun tak bertegur, tiba-tiba suruh bayarkan baki loan 2KTambahnya, selepas tidak berjaya mendapatkan bantuan daripada kakaknya, dia memberanikan diri menghubungi pula abang yang dianggap paling senang dalam kalangan keluarga mereka."Lepas tu aku WhatsApp abang aku. Memang ini pilihan terakhir aku. Tapi tak sangka laju air mata aku keluar malam ni."Abang aku ni paling berduit dalam keluarga. Tak dinafikan. Dia ada hak nak tolong aku atau tak," ujarnya.Namun katanya, mesej pertama yang dihantar hanya dibaca tanpa sebarang balasan, menyebabkan dia menebalkan muka menghantar satu lagi pesanan kerana benar-benar terdesak.Kos sara hidup yang makin meningkat membuatkan sesetengah pasangan terpaksa mencatu perbelanjaan. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, satu jawapan ringkas yang dibalas abangnya benar-benar membuatkan air matanya tumpah. "Ayat yang aku dapat malam ni, kena potong baru nak bayar... tak gaji lagi."Apa lah nasib kami sekeluarga ni. Mengemis je pandai. Malu rasanya. Sampai bila aku nak macam ni," luahnya.Wanita itu turut menjelaskan tunggakan bil air tersebut pada asalnya tidaklah terlalu besar, namun keutamaan ketika ini adalah memenuhi keperluan dua anaknya yang masih bersekolah.Seorang wanita menebalkan muka meminta bantuan kakak dan abangnya untuk meminjam sedikit wang.Dia tiada pilihan lain kerana perlu bayar tunggakan bil air berjumlah RM184.Kegagalan menjelaskan tunggakan akan menyebabkan meter air dipotong.Dia faham kakaknya juga kesempitan, namun kecewa dan sedih apabila abang yang agak berduit beri kata-kata menghiris hati.Wanita itu berkata bil tertunggak disebabkan dia dan suami mengutamakan keperluan dua anak yang bersekolah.Ringkasan ini dijana oleh AIKatanya, setiap kali suaminya yang bekerja sebagai buruh memperoleh gaji, mereka akan mendahulukan perbelanjaan anak-anak sehingga bil utiliti terpaksa ditangguhkan.Perkongsian tersebut mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya mendoakan agar urusannya dipermudahkan, selain ada yang turut berkongsi situasi yang hampir serupa."Saya pun macam awak, bertawakal je. Saya doakan ada hamba Allah bantu awak dan keluarga."Keadaan awak macam saya juga berniaga. Jualan kek dan suami hanya kerja buruh. Itu pun kalau ada orang panggil kerja. Kalau tak, tak ada lah."Semoga dipermudahkan urusan awak sekeluarga. Saya pun baru diduga minggu lepas," komen segelintir netizen.