suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik dilema kakak tagih bayar bil bulanan mesin penapis air, bukan berkira tapi komitmen sendiri pun makin banyak

Hubungan sesama adik beradik boleh renggang disebabkan perselisihan faham. -Gambar hiasan AI

DALAM hubungan adik-beradik, membantu antara satu sama lain sering dianggap perkara biasa lebih-lebih lagi apabila salah seorang berdepan kesusahan. 

Bagaimanapun, situasi menjadi rumit apabila bantuan yang pada awalnya dianggap sementara mula berlarutan sehingga seolah-olah terdapat cubaan untuk mengambil kesempatan.

Demikian situasi seorang wanita ini yang berdepan dilema sama ada perlu meneruskan bayaran bulanan mesin penapis air milik kakaknya, walaupun keadaan kewangannya sendiri kini sudah berubah selepas mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap ‘haji bakhil’ buat adik jauh hati, teh ais RM3 pun minta bayar balik! Doa kakak berubah, tak kedekut dengan keluarga sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Adik hilang kerja, tak kenang budi kakak bantu selesai tunggakan pinjaman! 10 tahun tak bertegur, tiba-tiba suruh bayarkan baki loan 2K

"Masa saya baru start kerja, mak suruh saya tolong bayarkan Coway kakak sebab dia agak susah. Saya setuju je sebab anggap macam sedekah. Bayarannya RM70 sebulan.

"Tapi sekarang saya dah kahwin dan ada banyak sangat komitmen seperti beli rumah, ubah suai, kereta, tengah mengandung," kongsinya di Threads. 

Disebabkan bebanan tanggungjawab yang meningkat, dia mengakui terlupa tentang komitmen bulanan tersebut kerana lebih memberi fokus kepada keperluan sendiri dan keluarga kecilnya.

Aktiviti seperti makan bersama-sama dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama adik beradik. -Gambar hiasan AI

Bagaimanapun selepas beberapa bulan, kakaknya menghantar mesej bertanya mengenai bayaran tersebut, sekali gus membuatkannya terkejut kerana tidak menyangka wanita itu masih mengharapkannya.  

"Saya cakaplah, saya lupa... kenapa tak ingatkan sebelum ni. Kemudian saya tanya, nak saya bayar lumpsum ke apa? Kemudian dia cakap dia dah bayar semua. 

"Jadi, okay ke kalau saya ignore je dan biarkan dia bayar sebab dia boleh je bayar sebenarnya," tulisnya lagi.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat membantu ahli keluarga itu satu perkara yang baik, setiap pihak juga sepatutnya jelas dari awal tentang tempoh dan tanggungjawab agar tidak timbul salah faham di kemudian hari.

  • Seorang wanita dilema sama ada perlu terus bayar bil mesin penapis air milik kakaknya walaupun sudah berkahwin dan ada banyak komitmen.
  • Pada awalnya, dia membantu bayar RM70 sebulan atas permintaan ibu kerana kakaknya susah.
  • Selepas berkahwin, dia terlupa kerana fokus pada komitmen sendiri.
  • Kakaknya bertanya mengenai bayaran itu dan kemudian maklumkan sudah membayarnya sendiri.
  • Netizen nasihatkan supaya perkara sebegini perlu dijelaskan lebih awal agar tidak timbul salah faham antara adik beradik.

Dalam masa sama, ada juga menasihatkan wanita berkenaan supaya berterus terang dan tidak membiarkan isu itu terus berlarutan kerana ia berkemungkinan boleh menjejaskan hubungan adik-beradik.

"Kalau dia boleh bayar, bagi je dia bayar. Jangan biasakan awak bayar. Nak tolong tu okay tapi setakat sebulan okay la.

"Just cakap, tak boleh bayar dah sekarang. Komitmen naik.

"Kalau kakak aku, dia malu nak suruh aku bayar sebab tahu aku banyak komitmen," komen sebahagian netizen. 

Artikel Lain