suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak pernah mesra sejak zaman kecil... Wanita geli mahu peluk, cium ibu sendiri - “Bukan amalan keluarga kami”

Anak-anak perlu berbakti kepada ibu bapa sehingga ke hujung usia mereka. -Gambar hiasan AI

SENTUHAN fizikal sesama ahli keluarga lazimnya menjadi tanda keakraban serta kasih sayang yang terjalin antara mereka.

Namun menurut seorang wanita, amalan itu tidak pernah wujud dalam keluarganya sehingga ia dianggap seperti sesuatu yang memalukan.

"Siapa dekat sini bukan jenis 'touchy touchy' dengan keluarga? Macam berpeluk, duduk rapat atau baring satu katil.

Anak-anak perlu dididik dengan penuh kasih sayang. -Gambar hiasan AI

"Dalam keluarga saya, memang tak diamalkan benda-benda tu sampai bila dah besar, rasa geli nak peluk atau cium ahli keluarga termasuk emak.

"Adakah benda ni berlaku dalam keluarga orang lain juga atau hanya dalam kalangan kami saja?" kongsi wanita itu menerusi Threads.

Tanpa disangka-sangka, ramai lagi rupanya insan lain turut berdepan situasi sama dalam keluarga mereka.

  • Wanita tular selepas kongsi kisah keluarganya yang tidak suka sentuhan fizikal.
  • Menurut wanita itu, dia tidak pernah diajar untuk memeluk dan mecium ibu bapa.
  • Perkara itu berlarutan sehingga dewasa, malah menjadi kebiasaan keluarganya.
  • Dia juga mengakui timbul rasa geli untuk memeluk dan mencium ibu sendiri.

Menurut seorang wanita di ruangan komen, dia turut membesar dalam situasi sama memandangkan bapanya seorang askar.

"Abah askar, jadi kami tak biasa sentuhan fizikal. Hanya bersalam saja. Cakap 'I love You' dekat mak ayah pun tak pernah.

"Bila abah meninggal, itulah kali pertama dan terakhir kami cium dia. Cium mayat yang sejuk kaku. Betapa bodoh dan menyesalnya saya sebab tak pernah peluk dan cium dia.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mak awak mana?” - Soalan ibu demensia buat hati anak hancur, air selawat ketika berpantang pelepas rindu

ARTIKEL BERKAITAN: “Jual diri ke biar dapat duit” - Mak baru 4 hari meninggal, gadis sayu mesej minta bantuan ibu saudara dibalas herdikan

"Selepas kematian ayah, barulah saya mula peluk dan cium emak serta adik-beradik. Saya tak mahu menyesal lagi," luahnya.

Menurut seorang lagi pelayar Threads, keluarganya juga tidak pernah bersalam-salaman atau bermaafan setiap kali lebaran.

"Saya pun sama. Percaya tak, saya tak pernah bersalam minta maaf sewaktu raya. Tak pernah diajar sejak kecil," kongsinya.

Artikel Lain