HUBUNGAN ibu mentua dan menantu perempuan sering digambarkan tegang selain masing-masing kerap bermasam muka yang biasanya tentang perkara tidak masuk akal. Lain pula bagi wanita ini, dia mendedahkan hubungan dengan ibu mentua menjadi renggang selepas melalui beberapa insiden melibatkan hubungan kelamin dengan suami. Menurut wanita itu, segalanya bermula ketika hari dia melangsungkan perkahwinan apabila ibu mentuanya meletakkan satu syarat kepada suaminya sebelum mereka bernikah."Boleh kahwin tapi tak boleh ada anak. Itu syarat yang mak mentua kepada suami aku waktu dia minta restu untuk kahwin.Mentua perlu memberi peluang kepada menantu dalam menguruskan rumah tangga mereka sendiri. -Gambar hiasan AI"Waktu itu, aku tak tahu pun dengan syarat ni. Famili aku lagi la tak tahu," katanya.Wanita itu berkata, selepas selesai bernikah sebelum sempat menukar pakaian, dia menerima soalan disifatkan terlalu peribadi daripada ibu mentua untuk dijawab."Mak mentua dah tanya soalan dalam kain. Habis nanti kau nak 'bersama' macam mana? Soal dia. Aku tak tahu nak respon apa. "Disebabkan masih fasa awal dan tak nak keruhkan keadaan, aku tak cerita apa-apa dekat suami. Lagipun, mak mertua aku strok. Aku cuba untuk faham kerenah dia," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: “Mak lagi lasak daripada bini kau!” - Mentua label menantu terlebih manja lepas discaj, mengada-ngada ketika hamilARTIKEL BERKAITAN: Ada je benda tak kena! Wanita rimas mentua asyik cari salah, nekad beli peti sejuk letak dalam bilik sendiri - “Hinanya hidup menumpang”Jelasnya, sepanjang perkahwinan, ibu mentuanya sering bertanya dan membuka perbualan berkaitan urusan rumah tangga mereka. "Dia cuba cucuk aku untuk jadi lebih terbuka soal bilik tidur dengan dia. Alasan dia cuma satu, risau kalau aku mengandung. "Ni lah punca kenapa hati aku mula jauh dengan dia. Daripada rasa hormat, perlahan-lahan bertukar jadi rasa jauh hati yang tersangat dalam," katanya.Namun begitu, wanita itu kini cuba untuk berdamai dengan keadaan dan menganggap apa berlaku sebagai satu proses mematangkan dirinya selepas ibu mentuannya meninggal dunia.Wanita kongsi hubungan dengan ibu mentua jadi renggang selepas berkahwin.Ibu mentua didakwa meletakkan syarat agar tidak mempunyai anak.Dia turut didakwa diajukan soalan peribadi pada hari pernikahan.Campur tangan mentua dalam hal rumah tangga menambah ketegangan.Wanita itu kini cuba berdamai dan menerima pengalaman tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AI"Bagi aku, hubungan mentua dan menantu ini satu perjudian nasib, tapi macam mana pun acuannya, terpulang pada kita untuk corakkan kedamaian dalam hati."Kalau diberi peluang dan ruang waktu, aku akan pilih untuk mengalah dan memaafkan, bukan menjauh, supaya aku dapat rasa manisnya hubungan akrab dengan insan paling disayangi oleh suami aku," katanya.Disoal netizen mengapa ibu mentuanya bersikap sedemikian, wanita itu beranggapan mentuannya bimbang kehilangan kasih sayang anak."Dia takut anak dah tak sayang dia," jawapnya ringkas.