LELAKI bertanggungjawab pasti tidak akan culas soal nafkah terhadap keluarga termasuk jika sudah bercerai dengan isteri.Namun menurut seorang wanita, dia melihat wujud segelintir kaum hawa yang sengaja mahu menganiaya bekas suami mereka melalui tuntutan nafkah anak-anak. "Aku rasa golongan bekas isteri ini kadang-kadang sengaja nak menyusahkan bekas suami. Contoh isu tadika anak.Perceraian yang berlaku tidak sepatutnya menjejaskan peluang anak-anak untuk mendapat akses pendidikan berkualiti. -Gambar hiasan AI"Kau tahu bekas suami miskin, kau hantar anak ke tadika yang bayaran bulanan RM1,000 sampai RM2,000. Kau tuntut macam mana pun, ingat dapat ke? "Kalau tak mampu, hantar je tadika biasa. Atau kau memang niat nak cari salah bekas suami kau?" tulisnya.Hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads itu mengundang hampir 800 komen.Wanita selar golongan janda yang didakwa aniaya bekas suami.Ada wanita tuntut nafkah ribuan ringgit walaupun bekas suami tak mampu.Dakwanya, ada wanita hantar anak ke tadika dengan bayaran RM2,000 sebulan.Netizen selar wanita itu kerana didakwa menyokong lelaki yang culas beri nafkah.Ringkasan ini dijana oleh AISegelintir netizen menyelar wanita itu kerana dianggap cuba menyebelahi golongan lelaki yang culas membayar nafkah anak-anak."Kenapa kau bitter? Kau kawan dengan duda ke? Kau pergi kahwin, beranak seorang dua, kemudian cerai. Cuba tengok macam mana lelaki layan kau?"Janganlah prejudis terhadap ibu tunggal yang bermati-matian untuk dapatkan kehidupan lebih baik buat anak mereka," tulis netizen.ARTIKEL BERKAITAN: “Aku ingat janda boleh berdikari” - Lelaki kongsi sisi gelap kahwin wanita anak empat, dilayan seperti hamba masa sakitARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami ‘angau’ cinta janda, lepas tangan nafkah anak... Mak ayah pula tanggung menantu, siap tolong bayar sewa rumahPada masa sama, ada bersetuju dengan wanita itu walaupun pandangannya dilihat kejam terhadap golongan ibu tunggal."Betul apa yang dia cakap. Kalau duda gaji RM3,000, janganlah hantar anak ke tadika yang bayarannya RM1,500."Ada yang buat macam ni sebab nak puaskan diri, balas dendam terhadap bekas suami," tulis netizen lagi.