DUA individu dipercayai ibu dan anak ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Lorong Hajah Aminah, Kampung Parit Raja, Johor, awal pagi Jumaat.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Mohamad Shamin Mohamad Salikin berkata, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.50 pagi. Menurutnya, pasukan bomba kemudian bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 15 kilometer dari balai dan tiba pada pukul 3.13 pagi.Kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira 70 peratus struktur rumah berkenaan yang berkeluasan 40 kaki x 70 kaki.Ketika operasi dijalankan, pasukan bomba menemukan dua mayat dalam keadaan rentung di bilik tidur utama rumah berkenaan.Bagaimanapun, identiti serta usia kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti setakat kenyataan dikeluarkan.Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Operasi yang melibatkan 16 anggota dari BBP Ayer Hitam dan BBP Bandar Penggaram itu tamat pada pukul 7.18 pagi. -The Star