MEMIKUL harapan tinggi peminat dan orang ramai sepanjang menyertai Eurovision Song Contest Asia 2026, penyanyi Aina Abdul mengakui berdepan tekanan apabila menyedari ramai meletakkan harapan besar terhadapnya.Aina, 33, berkata sokongan yang diterima dalam pelbagai bentuk termasuk ucapan dan doa daripada orang ramai termasuk rakan selebriti merupakan pengalaman baharu buat dirinya. Menurutnya, dia tidak pernah menerima sokongan sebegitu besar sepanjang bergelar anak seni, sekali gus berasa terbeban dengan harapan yang diberikan.“Saya sebenarnya takut apabila melihat terlalu ramai yang memberikan sokongan kerana perkara itu secara tidak langsung menjadi tekanan buat saya.Aina mempertaruhkan mempertaruhkan lagu berjudul Bluest Sky.“Sepanjang hidup, saya tidak pernah menerima sokongan sebegitu rupa. Ramai orang menulis ucapan ‘good luck’ kepada saya dan saya tidak pernah melalui pengalaman seperti itu sebelum ini.“Jadi, saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan situasi berkenaan. Ia agak membebankan emosi saya kerana terasa seperti semua orang mengharapkan sesuatu daripada saya,” katanya.Aina berkongsi perkara ketika ditemui pada sidang media sempena pembabitannya dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 di Balai Berita Bangsar pada malam Khamis.Aina yang mempertaruhkan lagu berjudul Bluest Sky hasil ciptaannya bersama komposer Mac Chew berkata, dia tetap menghargai setiap sokongan yang diterima dan menganggapnya sebagai doa serta tanda keprihatinan rakan-rakan selebriti.ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul raih tempat keempat Eurovision Asia 2026, Filipina muncul juaraARTIKEL BERKAITAN: Tangisan Aina Abdul bukan sebab kalah, sebak kecewakan harapan rakyat Malaysia“Bagaimanapun, saya menganggap sokongan itu sebagai doa daripada rakan-rakan artis.“Saya percaya mereka juga pernah melalui pengalaman seperti yang saya rasakan, terutama rakan artis senior yang pernah menyertai pertandingan seperti ini. Jadi, mereka tahu bagaimana perasaan saya,” katanya.Dalam pada itu, Aina turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan sokongan kepadanya menjelang pertandingan berkenaan.Katanya, dia tidak menyangka Perdana Menteri turut mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat walaupun menyedari banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin negara itu.“Saya sendiri tertanya-tanya sama ada perkara itu benar-benar berlaku kerana tidak sangka beliau turut memberikan ucapan sokongan kepada saya. Saya terfikir, banyak lagi perkara yang perlu diberikan perhatian oleh beliau.“Saya juga sedikit bimbang kerana peminat terlalu mendesak sehingga Perdana Menteri mungkin terpaksa menyampaikan ucapan itu. Namun, apa pun, terima kasih banyak-banyak atas sokongan diberikan,” katanya.Sementara itu, Aina berharap penyertaan dan keputusan yang diraih menerusi pertandingan berkenaan dapat membanggakan seluruh rakyat Malaysia meskipun gagal menduduki kelompok tiga terbaik.Aina meraih tempat keempat di pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.“Saya berharap keputusan ini dapat membanggakan semua pihak.“Walaupun mungkin kita tidak berjaya berada dalam kelompok tiga terbaik, kedudukan kita sebenarnya tidak jauh daripada kelompok itu, insya-Allah,” katanya.Untuk rekod, Aina yang pertama kali mewakili Malaysia dalam pertandingan berkenaan berjaya mengumpul 152 markah, sekali gus menduduki tempat keempat daripada 11 peserta.Manakala penyanyi Filipina, Carmelle muncul juara menerusi lagu Sobra-Sobra selepas meraih 211 markah, manakala wakil tuan rumah, duo MANG x DAOU menduduki tempat kedua dengan 170 markah.Penyanyi Vietnam, Tóc Tiên pula berada di tempat ketiga selepas mengumpul 164 markah.