Membuang sampah di dalam tong jiran boleh menjejaskan keharmonian kawasan kejiranan. -Gambar hiasan AI
MENJAGA kebersihan persekitaran rumah memerlukan sikap saling bertimbang rasa sesama jiran tetangga agar keselesaan bersama di kawasan perumahan kekal terjamin.Pun begitu, situasi dihadapi seorang wanita ini berbeza apabila tong sampah persendirian di luar kediamannya didakwa dijadikan 'tempat pembuangan rasmi' oleh jiran sebelah rumah. Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu mengakui berasa kecewa dan marah apabila mendapati tong sampahnya acap kali dipenuhi dengan sisa makanan berbau busuk milik jiran berkenaan.Sisa makanan dan sampah bertimbun boleh mengundang bau busuk jika tidak dibersihkan. -Gambar hiasan AIMenjelaskan bahawa dia tinggal bersendirian dan jarang memasak di rumah, kebanyakan sampah yang dibuang juga hanyalah bungkusan makanan serta plastik kecil."Saya tinggal seorang dan tak masak, mostly sampah saya hanya bungkusan makanan dan plastik-plastik kecil jadi saya hanya akan buang sampah di luar sekali atau dua kali dalam seminggu."Setiap kali saya offday, saya suka basuh dan keringkan tong sampah tu dulu sebab mestilah taknak berbau walaupun sampah saya tak banyak," katanya.Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila tong sampah miliknya didakwa sering dipenuhi sampah jiran sebelah rumah.Wanita itu mengakui berasa marah apabila mendapati tong sampahnya kerap digunakan sehingga dipenuhi sampah yang dikatakan berbau. Dia menjelaskan bahawa dirinya tinggal bersendirian dan jarang memasak, menyebabkan jumlah sampah yang dihasilkan tidak begitu banyak.Hasratnya untuk membersihkan tong kediamannya sering terbantut apabila mendapati terdapat beg plastik hitam besar berisi sampah milik jiran.Ringkasan ini dijana oleh AIBagaimanapun, niat untuk membersihkan tong sampah rumahnya sering terbantut dek kerana ia selalu dipenuhi dengan sampah jirannya.Menurutnya, perkara itu bukan berlaku sekali sahaja, sebaliknya hampir setiap minggu sehingga menyukarkan dia melaksanakan rutin pembersihan yang kebiasaannya dilakukan pada hari cuti."Setiap kali saya nak buat macam tu, mesti akan ada sampah dari jiran sebelah, bukan sampah kecil, sampah plastik hitam besar tu.ARTIKEL BERKAITAN: Pakcik sebelah rumah bakar sampah tengah hari, jiran geram baju berbau asap... Nak ditegur takut kecil hatiARTIKEL BERKAITAN: Jiran selamba campak sampah dalam tong roro sewa, wanita terpaksa tampal notis amaran - “Nak maki tapi dah berumur”"Itu membuatkan niat saya yang tengah rajin nak basuh tong sampah jadi tergendala, kita pula rajinnya seminggu sekali je sebab off day kerja," luahnya.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memahami keluhan wanita berkenaan ekoran rasa kurang selesa dan faktor kebersihan yang terjejas di kediamannya.Malah mereka turut menyelar sikap jirannya yang tidak bertimbang rasa.Kisah ini secara tidak langsung menjadi teguran terbuka buat masyarakat agar sentiasa menghormati kemudahan serta ruang peribadi jiran tetangga demi mengekalkan keharmonian dalam kejiranan.