Ada kalanya perkara yang nampak kecil boleh menjadi punca salah faham sesama jiran jika kurang mempunyai common sense. -Gambar hiasan AI
APABILA bercakap mengenai isu di kawasan perumahan, antara rungutan yang sering kedengaran tentunya berkaitan tempat letak kereta.Ada bergaduh kerana amalan 'cop' parkir, ada pula tidak berpuas hati apabila kenderaan jiran menghalang laluan atau menggunakan ruang yang dianggap sebagai kawasan mereka. Namun, berbeza pula dengan satu kisah dikongsikan seorang individu ini mengenai jirannya yang dianggap tiada common sense apabila selamba membuang sampah di dalam tong roro (Roll-On Roll-Off) yang disewanya sendiri.Perbincangan merupakan jalan terbaik sekiranya timbul isu sesama jiran. -Gambar hiasan AI"Tak faham betul mindset jiran ni macam mana. Dah terang-terang tong roro pacak depan rumah aku. "Selamba kau je buang sampah-sampah kau. Siap boleh cakap lagi, boleh la ye tumpang," tulisnya dalam satu hantaran di Threads.Disebabkan tidak mahu perkara itu berlarutan hingga mengeruhkan keadaan, individu berkenaan berkata dia terpaksa menampal nota pemberitahuan agar tiada lagi jiran melakukan perkara sama.ARTIKEL BERKAITAN: Bengang jiran suka mengintai dan pengotor, lelaki ini bina tembok tinggi... Niat elak pergaduhan akhirnya ‘makan diri’ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan kejam sangat, kau yang tak berotak” - Penduduk ‘ajar’ jiran bebal, dah tegur banyak kali tetap parkir sesuka hati"Minta maaf, roro ni saya sewa sendiri untuk kerja pembersihan di rumah saya sahaja. Tolong jangan buang sampah anda."Bukan kedekut, sampah dalam rumah masih banyak. Terima kasih jiran tersayang," demikian nota yang ditampal sebagaimana gambar yang turut dimuat naik dalam perkongsiannya. Tambahnya lagi, tindakan tersebut diambil selepas dia mendapati perkara sama berlaku tanpa pengetahuan atau keizinannya, sekali gus membuatkan dia berasa kurang senang dengan sikap jirannya.Seorang individu meluahkan rasa geram apabila jirannya membuang sampah ke dalam tong roro yang disewanya sendiri.Jirannya selamba meminta izin menumpang untuk buang sampah ke dalam tong berkenaan.Individu itu kemudian menampal nota supaya tong tersebut tidak digunakan sesuka hati.Dia turut mengambil semula sampah yang dibuang jirannya dan meletakkannya di luar.Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya yang memahami rasa kurang senangnya.Ringkasan ini dijana oleh AI"Nak maki, tapi dah berumur. Aku keluarkan balik sampah-sampah letak dekat luar. Bukan sikit," ujarnya. Sebagai makluman, tong roro adalah tong sampah besar untuk mengumpul buangan pukal seperti sisa renovasi, sisa binaan, perabot lama dan sebagainya.Perkongsian tersebut mendapat perhatian warga maya yang rata-rata memahami rasa kurang senang individu berkenaan apabila tong yang disewanya digunakan tanpa izin.Ada berpendapat perkara itu boleh dielakkan sekiranya jiran terbabit bertanya terlebih dahulu, selain memuji tindakannya menampal nota sebagai cara berhemah untuk memberi teguran tanpa mencetuskan pertengkaran.