suria

“Bukan kejam sangat, kau yang tak berotak” - Penduduk ‘ajar’ jiran bebal, dah tegur banyak kali tetap parkir sesuka hati

Kereta yang diparkir sesuka hati dikenakan tindakan.

SEBAGAI anggota masyarakat yang menetap di kawasan perumahan, kita sewajarnya menjaga adab sesama jiran serta mempunyai 'common sense'.

Ini termasuklah sikap saling bertolak ansur dan tidak mementingkan diri lebih-lebih lagi apabila melibatkan kemudahan yang dikongsi bersama.

Amat dikesalkan apabila masih wujud individu yang suka meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan sehingga menyusahkan jiran, lebih-lebih lagi di penempatan jenis taman perumahan.

Menerusi laman TikTok, seorang pengguna memuat naik video mengenai sikap seorang jirannya yang dianggap 'bebal' apabila memarkir kenderaan di bahu jalan di taman perumahan mereka yang bukan sahaja mengganggu laluan malah dikhuatiri mengundang bahaya.

PARK 3

Kereta diparkir di kawasan yang tidak sesuai sekaligus menyusahkan orang lain.

"Bila jiran-jiran dah tegur elok-elok tak dihiraukan. Bila masukkan dalam group penduduk taman, dia buat tak tahu," kongsinya.

Menerusi video berkenaan, kelihatan kenderaan diparkir di kawasan simpang dan 'makan jalan' sekali gus mengundang bahaya kepada jiran-jiran yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Duduk kondo tapi kedekut bayar parkir! Suka hati ‘rembat’ lot kosong dalam restoran.... Tauke letak notis tetap tak peduli

ARTIKEL BERKAITAN: Cop parkir dah biasa, penduduk flat ‘jiwa banglo’ bina garaj siap letak padlock - “Macam reban ayam, elok tuan dia masuk sekali”

Demi kepentingan bersama, ada dalam kalangan penghuni di kawasan perumahan tersebut membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap jiran tersebut.

"Jadi demi kepentingan jiran-jiran yang takut berlanggar dengan kereta yang tak nampak depan kita, sebabnya menghalang pemandangan hadapan.

"Bukan jiran kejam sangat tapi kau yang tak berotak. Ini siang, kalau malam orang tak biasa masuk ke sini, kesian," tulisnya lagi.

Difahamkan, kawasan taman perumahan tersebut terletak di daerah Pasir Gudang, Johor.

PARK 2

Pihak polis turut hadir selepas mendapat aduan.

Dalam video berasingan, pengguna tersebut memuat naik video memaparkan kenderaan yang diparkir di bahu jalan itu sudah dililit dengan pita kuning dan dikenakan saman.

"Terima kasih pada MPPG (Majlis Perbandaran Pasir Gudang) terus buat kerja. Alhamdulilah.

"Semoga jadi kesedaran kepada kita semua. Sebab cara parking kereta awak tu ganggu laluan orang lain. Bahaya tau... kami dah cakap elok-elok," tulisnya lagi.

Sehingga kini video yang dimuat naik di laman TikTok itu mengundang sehingga melebihi 134,000 jumlah tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain