suria

“Terlihat ceria padahal hampir gila” - Kapsyen jadi teka teki, netizen doakan isteri pertama Abang Tesla tabah jalani ujian

Perkongsian video Nurmajdina menimbulkan tanda tanya.

SEBUAH video u oleh isteri pertama lelaki dikenali Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari, mencuri perhatian ramai apabila kasyen yang disertakan seakan menyatakan kondisi dirinya.

Video yang dimuat naik pada Rabu itu diiringi dengan kenyataan ringkas bertulis 'terlihat ceria padahal hampir gila' dengan memaparkan dirinya sedang berada di dalam kereta.

Sementara itu, ayat pada bahagian kapsyen pula bertulis: "I'm okay, i'm fine Gwenchana, teng neng neng neng."

Perkongsian Nurmajdina yang dilihat seolah-olah cuba menggambarkan situasi yang sedang dihadapinya, membuatkan warga maya berteka-teki mengenai luahan isi hati isteri pertama pempengaruh media sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zuriat bukan punca poligami, Abang Tesla jawab sorok isteri muda

ARTIKEL BERKAITAN: Abang Tesla bawa 2 permaisuri hati bercuti, buat umrah! Netizen tumpang gembira tapi cuba baca riak wajah dua isteri

Video yang sehingga kini meraih 1.2 juta jumlah tontonan itu dibanjiri dengan ratusan komen, dengan rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan wanita tersebut.

"Allah ada Kak Maj. Bersandar pada dia, insyaAllah semuanya akan baik-baik saja.

"Doa akak untuk awak. Semoga terus kuat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil ke rahim Maj.

"Moga Allah kirimkan rasa tenang dan kekuatan untuk melalui ujian ini,"demikian antara komen netizen.

tesla 2

Abang Tesla bersama Nurmajdina dan isteri kedua yang dinikahi Ogos lalu.

Sementara itu, Abang Tesla atau nama sebenarnya, Muhammad Kahl Iltizam Yusry dalam masa yang sama turut memuat naik satu video di akaun TikTok, memaparkan dirinya dan Nurmajdina menikmati

makan malam romantis di Johor Bahru.

"Isteri untuk dihargai," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Menerusi video itu, Abang Tesla turut berkongsi luahannya sebagai seorang suami yang mengamalkan poligami dan berjanji untuk memainkan peranan terbaik buat kedua-dua isterinya.

Video berkenaan meraih sehingga melebihi 539,000 jumlah tontonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain