suria

Cop parkir dah biasa, penduduk flat ‘jiwa banglo’ bina garaj siap letak padlock - “Macam reban ayam, elok tuan dia masuk sekali”

Ruang parkir awam yang dijadikan parkir persendirian oleh penghuni flat berkenaan. -Gambar media sosial

MASALAH parkir di kawasan perumahan jenis bertingkat bukanlah satu isu baharu.

Saban hari ada sahaja rungutan dan luahan warga maya mengenai masalah ini yang dikongsikan di laman sosial.

Sebelum ini kita biasa mendengar amalan meletak penanda untuk 'cop' parkir, namun dalam satu hantaran terbaharu di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, tular perkongsian yang memaparkan tindakan 'ekstrem' penduduk di sebuah flat.

Mana tidaknya, menerusi gambar yang turut dimuat naik bersama hantaran berkenaan, kelihatan sebuah garaj dibina di kawasan parkir awam malah siap dipasang pagar.

"Alhamdulillah dah siap. Kereta tak panas dah. Pangsapuri ****** je," demikian kapsyen yang ditulis pada perkongsian berkenaan.

park 2

Hantaran yang dikongsikan oleh seorang individu di grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Berdasarkan perkongsian tersebut, garaj berkenaan dilihat mampu memuatkan dua buah kereta.

Malah garaj tersebut lengkap dipasang dengan kunci mangga (padlock) berkemungkinan untuk mengelakkan kecurian ataupun pencerobohan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bina garaj cantik-cantik atas laluan awam, buat macam harta sendiri! Ikutkan emosi ramai nak pergi gesel - “Jenis macam ni tak boleh duduk taman”

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk berdekatan taman permainan anggap parkir awam di situ ‘hak’ mereka, orang luar park dapat ugutan!

Berdasarkan kapsyen yang ditulis, flat tersebut dipercayai terletak di Seri Kembangan, Selangor.

Sehingga kini hantaran itu meraih ratusan komen daripada warga maya yang rata-ratanya mengecam 'pemilik' garaj berkenaan.

Ada yang membuat tekaan bahawa individu yang berani membina garaj berkenaan pastinya bukan 'calang-calang' orang di kawasan flat tersebut.

Macam reban ayam. Elok tuan dia masuk sekali.

NETIZEN

"Sama ada orang KRT (Kawasan Rukun Tetangga), JMB (Badan Penguran Bersama) atau AJK (Ahli Jawatankuasa) surau.

"Biasanya yang ada kabel dalam JMB dengan majlis berani buat macam ni.

"Ini pengerusi ke? Tanya je jangan marah," demikian antara komen netizen.

Dalam pada itu, ada yang menyindir pemilik garaj berkenaan dengan menyifatkan dirinya 'tidak sedar diri' kerana berlagak seperti menetap di kawasan perumahan persendirian.

"Selera besar nampak... berapa kau bayar petak parking?

"Tuan rumah yang tak sedar diri. Jiwa banglo tapi modal ciput.

"Macam reban ayam. Elok tuan dia masuk sekali," komen netizen.

komen parkir

Rata-rata netizen turut mengecam 'pemilik' garaj berkenaan.

Malah segelintir daripada mereka menggesa pihak berwajib agar mengambil tindakan tegas terhadap pemilik garaj terbabit.

Sekadar maklumat tambahan, bagi yang tinggal di flat, apartment atau kawasan perumahan yang kawasan parking dikongsi bersama, tabiat cop parkir merupakan satu kesalahan yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM12,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan bagi kesalahan pertama.

Jika kesalahan berulang, denda boleh dikenakan sehingga RM4,000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain