Kebanyakan restoran nasi ayam gepuk mengaplikasikan konsep 'refill' bagi menarik pelanggan. -Gambar hiasan AI
BAGI sesetengah pasangan, berkongsi makanan ketika menikmati hidangan di luar menjadi salah satu cara untuk berjimat terutama ketika keadaan kewangan tidak begitu mengizinkan.Berdepan situasi serupa, seorang wanita berkongsi kisah melibatkan sepasang kekasih ketika menikmati hidangan di sebuah restoran ayam gepuk sehingga membuatkan dirinya tersentuh. "Tadi saya nampak satu couple dekat kedai ayam gepuk. Diorang pesan satu set nasi saja. Saya ingat lelaki tu dah kenyang sebab dari awal dia duduk main telefon saja teman girlfriend makan," kongsinya.Menurut wanita itu, selepas kekasihnya selesai makan, lelaki tersebut kemudiannya bangun untuk menambah (refill) nasi sebelum kembali ke meja.Amalan berkongsi satu hidangan sebenarnya sudah menjadi kebiasaan buat sesetengah pasangan. -Gambar hiasan AI"Budak perempuan itu habiskan nasi dulu. Lepas tu, lelaki tu bangun, tambah nasi. Duduk balik. Makan dengan lahap sampai kepala pun bergerak sekali," ujarnya lagi dalam satu hantaran di Threads.Ujar wanita tersebut, ketika itu barulah dia menyedari pasangan berkenaan sebenarnya berkongsi satu set makanan untuk berjimat."Masa itu baru saya sedar, rupanya mereka kongsi satu set untuk jimat. Terus saya terdiam. Entah kenapa, situasi itu buat saya rasa sebak sikit," katanya.Untuk makluman, kebanyakan restoran ayam gepuk mengaplikasikan konsep refill bagi item seperti nasi, sambal, kicap, minuman atau kacang gajus untuk menarik pelanggan.Bagaimanapun, sesetengah restoran menetapkan syarat tertentu untuk refill bagi mengelakkan ada pelanggan mengambil kesempatan. ARTIKEL BERKAITAN: Niat nak jimat guna trik ‘refill’ percuma, pelanggan ayam gepuk insaf lepas tahu polisi kedai - “Saya kongsikan benda haram”ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya ramai ‘tunggang’ ejen takaful demi nak makan minum percuma! Pesan macam-macam tapi berdalih nak beli polisiPerkongsian wanita tersebut mengundang reaksi yang bercampur daripada warga maya.Rata-rata mengakui pernah melakukan perkara yang sama bersama pasangan, rakan mahupun keluarga untuk mengelakkan pembaziran memandangkan portion bagi setiap set agak besar.Bagaimanapun, ia turut mengundang perdebatan apabila sebahagian netizen berpendapat tabiat sedemikian jatuh hukum haram kerana melanggar syarat ditetapkan oleh restoran."Diorang bukan tak ada duit. Yang sebenarnya diorang tak ada etika. Tak perlu kesian."Haram. Kalau beli satu set, makan seorang tak apa. Sebab ia berdasarkan kepala, bukan ikut suka nak pergi tambah padahal makan dua orang.Seorang wanita tersentuh melihat pasangan berkongsi satu set nasi di restoran ayam gepuk.Lelaki itu pada awalnya hanya menemani teman wanitanya makan.Selepas teman wanitanya habis makan, dia menambah nasi dan makan dengan berselera.Wanita itu kemudian sedar pasangan berkenaan berkongsi makanan untuk berjimat.Netizen ada yang mengakui ia benda normal, namun ada berpendapat ia menyalahi syarat restoran dan jatuh hukum haram.Ringkasan ini dijana oleh AI"Rasa bijak, tapi jangan sampai termakan benda haram," komen netizen.Sebelum ini, sebuah restoran ayam gepuk terkenal, Ayam Gepuk Top Global mengesahkan bahawa polisi dine-in mereka menetapkan setiap satu set makanan adalah khusus untuk seorang pelanggan sahaja.Kenyataan tersebut dibuat susulan pertanyaan seorang individu yang meminta penjelasan ekoran keliru dengan konsep refill di premis berkenaan.Menurut individu yang membuat perkongsian tersebut, pelanggan pernah melakukan perkara sama agar mengambil inisiatif mendapatkan penjelasan daripada pihak premis terlebih dahulu.