suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niat nak jimat guna trik ‘refill’ percuma, pelanggan ayam gepuk insaf lepas tahu polisi kedai - “Saya kongsikan benda haram”

Amalan berkongsi satu hidangan sebenarnya sudah menjadi kebiasaan buat sesetengah pasangan. -Gambar hiasan AI

BERJIMAT ketika menikmati hidangan di mana-mana restoran sememangnya tidak salah, namun setiap pelanggan perlu mematuhi syarat dan polisi yang ditetapkan oleh sesebuah premis.

Menyedari terkhilaf dan terlepas pandang dalam soal itu, seorang lelaki bertindak memadam hantaran yang tular sejak Rabu lalu selepas berkongsi tip cara membeli satu set ayam gepuk untuk dikongsi makan berdua.

Dalam perkongsian asalnya, Aatiq Azali mendedahkan dia dan isterinya sekadar memesan set asas berharga RM12.50 kerana menganggap saiz ayam yang dihidangkan agak besar dan berbaloi untuk dikongsi.

Menurutnya, ayam tersebut dipotong kepada empat bahagian dan pihak restoran menyediakan tawaran untuk menambah nasi, sambal pedas dan kuah kacang tanpa had.

Jadi dia dan isteri menggunakan tawaran tersebut sebagai langkah berjimat.

"Agak kecoh saya kongsi tentang ayam gepuk... pesan satu tapi kongsi dua orang. Saya dah padam posting dan saya sudah rujuk pada ustaz. Bukan kerana kecaman tapi saya rasa saya kongsikan benda yang haram.

"Sungguh, perkara ini tak boleh buat. Kita kena rujuk dulu pada orang kedai apa rules dia untuk buat refill percuma.

"Saya juga sudah hantar e-mel kepada kedai ayam gepuk itu untuk dapatkan kepastian. Memang syaratnya satu set untuk seorang pelanggan sahaja bagi menikmati refill secara percuma," ujar Aatiq dalam hantaran di Threads.

Menerusi tangkap layar e-mel balasan yang dikongsikan, pihak Ayam Gepuk Top Global mengesahkan bahawa polisi dine-in mereka menetapkan setiap satu set makanan adalah khusus untuk seorang pelanggan sahaja.

Tidak semua pasangan memesan seorang satu hidangan, sebaliknya ada yang lebih selesa berkongsi satu set makanan.

Tidak semua pasangan memesan seorang satu hidangan, sebaliknya ada yang lebih selesa berkongsi satu set makanan. -Gambar hiasan AI

Restoran berkenaan menegaskan kemudahan refill nasi, sambal dan kuah kacang percuma hanya berhak dinikmati oleh individu yang membeli set makanan sendiri.

Justeru, mana-mana pasangan atau pelanggan yang hadir secara berkumpulan dan mahu menikmati kemudahan refill berkenaan diwajibkan membeli set mengikut jumlah bilangan individu.

"Polisi dine-in menetapkan setiap set makanan adalah untuk seorang pelanggan. Kemudahan refill nasi, sambal dan kuah kacang hanya diberikan kepada pelanggan yang membeli satu set makanan setiap orang.

"Sekiranya encik dan isteri ingin menikmati kemudahan refill, pembelian dua set makanan diperlukan mengikut polisi yang ditetapkan.

"Untuk pembelian sebelum ni, encik tidak perlu risau. Kami amat menghargai keikhlasan encik untuk mendapatkan penjelasan," katanya.

Susulan itu, Aatiq turut menitipkan pesanan kepada orang ramai yang mungkin pernah melakukan perkara sama agar mengambil inisiatif mendapatkan penjelasan daripada pihak premis.

"Jadi, sesiapa yang pernah terlajak buat macam saya, mungkin boleh hantar e-mel untuk minta dihalalkan apa yang dah terlepas, atau tawarkannya untuk bayar semula ganti rugi atas kesilapan kita.

"Semoga Allah sentiasa berikan taufik dan hidayah untuk taat perintah Allah," katanya.

Artikel Lain