Pelajar perlu mencari jalan untuk berjaya menguasai setiap subjek yang masih lemah. -Gambar hiasan AI
KEJAYAAN memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan bukan sekadar bergantung pada kebolehan semula jadi, tetapi turut dipengaruhi disiplin, usaha berterusan dan kesediaan untuk memperbaiki kelemahan.Perkara itu dibuktikan oleh seorang pelajar, Qistina Batrisyia, yang berjaya memperoleh gred A bagi subjek Matematik Tambahan atau Additional Mathematics (Add Math) dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 meskipun mengakui tidak pernah lulus subjek tersebut sebelum ini. Menerusi video dimuat naik di media sosial, Qistina turut berkongsi detik menyentuh hati apabila menunjukkan slip keputusan peperiksaannya kepada guru yang banyak membimbingnya sepanjang tempoh persediaan menghadapi SPM.Perkongsian itu mendapat perhatian ramai sehingga ada pengguna media sosial meminta Qistina berkongsi kaedah pembelajaran yang membantunya mengubah prestasi daripada gagal kepada cemerlang.1. Kekalkan latihan secara konsistenMenurut Qistina, antara perubahan paling besar yang dilakukannya ialah membiasakan diri menjawab dua set latihan setiap hari melibatkan Kertas 1 dan Kertas 2 tanpa mengabaikan walaupun sehari.Pada masa sama, dia memilih untuk merujuk semula setiap soalan yang tidak difahami kepada guru sehingga benar-benar menguasai konsep dipelajari.Pendekatan ini penting kerana penguasaan konsep asas menjadi asas kepada penyelesaian soalan yang lebih kompleks.2. Maksimumkan bimbingan guruSelain aktif bertanya di dalam kelas, Qistina turut mengambil inisiatif menyertai klinik Add Math atau kelas tambahan bagi mengukuhkan pemahaman terhadap topik asas.Selepas asas dikuasai, dia mula memberi tumpuan kepada soalan yang lebih mencabar dan bernilai markah tinggi, khususnya topik intergration (pengamiran).Menurutnya, pelajar tidak seharusnya berasa segan untuk bertanya berulang kali kerana guru paling sesuai membantu mengenal pasti kelemahan serta menjelaskan konsep masih mengelirukan.3. Tambah pendedahan melalui pembelajaran luarQistina juga tidak mengehadkan pembelajaran di sekolah semata-mata, sebaliknya menyertai kelas Matematik Tambahan secara dalam talian, webinar, seminar dan tuisyen bagi memperluaskan kefahaman.Malah, dia sanggup berulang-alik dari Seremban, Negeri Sembilan ke Putrajaya untuk menghadiri kelas tambahan serta memperuntukkan masa sehingga lewat malam bagi menyiapkan latihan.Menjelang peperiksaan, fokusnya diberikan kepada ulang kaji soalan percubaan dan kertas SPM sebenar yang pernah dijawab sebelum ini.Selain itu, dia menasihatkan pelajar memberi keutamaan kepada topik berpotensi tinggi untuk memperoleh markah dan tidak menghabiskan terlalu banyak masa pada bahagian masih sukar dikuasai, terutama ketika tempoh akhir persediaan peperiksaan.