suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa guna helah ‘ultrasound’ sebagai helah psikologi, anak takut nampak ‘ulat’ dalam perut... Janji tak makan jajan lagi

Lelaki ini menggunakan ultrasound 'palsu' untuk mendidik anaknya supaya berhenti makan makanan tidak sihat.

SEORANG lelaki di China mencuri perhatian selepas berkongsi cara kreatif dalam usaha mendidik anaknya meninggalkan tabiat gemar makan makanan ringan.

Lelaki berkenaan menggunakan imbasan ultrasound palsu bagi meyakinkan anaknya sekiranya banyak makan gula-gula dan snek ia boleh menyebabkan ada 'ulat' bersarang di dalam perutnya.

Bagi menjayakan helah tersebut, si kecil diminta berbaring di atas meja manakala tetikus komputer diletakkan di atas perutnya seolah-olah alat pengimbas yang digunakan doktor.

Pada masa sama, sebuah monitor memaparkan animasi seekor ulat bersama aiskrim yang kelihatan bergerak-gerak di dalam 'perut' kanak-kanak itu.

Malah, ruang komputer di rumah turut disusun menyerupai bilik pemeriksaan di hospital bagi menjadikan situasi tersebut lebih meyakinkan.

Anaknya yang menyangka imbasan itu benar-benar berlaku terus memerhatikan skrin dengan penuh fokus.

Si bapa kemudian memberitahu bahawa 'ulat' yang muncul di dalam perut berpunca daripada tabiat terlalu kerap makan gula-gula dan makanan ringan.

"Masih nak makan makanan manis lagi?" soalnya kepada anak perempuan itu.

Melihat 'ulat' yang bergerak-gerak pada skrin membuatkan kanak-kanak tersebut kelihatan ketakutan sebelum berjanji untuk mengurangkan makanan ringan dan memilih hidangan lebih berkhasiat.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang memuji kreativiti si bapa.

"Helah ultrasound palsu itu memang di luar jangkaan, tapi saya tabik dengan kreativiti si bapa.

"Idea si bapa menggunakan utrasound palsu siap ada ulat kartun dalam perut semata-mata nak suruh anak berhenti makan jajan memang kreatif. Betul-betul guna psikologi tahap dewa!," komen beberapa netizen.

Ramai berpendapat pendekatan berunsur permainan seperti itu lebih mudah difahami kanak-kanak, selain mampu menggalakkan mereka membina tabiat pemakanan yang lebih sihat sejak kecil.

Artikel Lain