MEMILIKI rumah bukan sekadar melihat harga dan lokasi, sebaliknya pembeli juga perlu mengambil kira risiko banjir yang boleh memberi kesan besar terhadap nilai hartanah serta kewangan.Pelabur dalam sektor hartanah, Mustaqim Yusof memberitahu masih ramai pembeli terlepas pandang perkara itu sehingga terpaksa menanggung kerugian besar di kemudian hari. Bercerita dalam hantarannya, dia berkongsi mengenai nasib malang menimpa rakannya yang membeli rumah bernilai RM380,000 di Klang, Selangor pada 2021 tanpa menyemak sejarah banjir kawasan tersebut.Dua tahun kemudian, rumah itu dilanda banjir dengan air mencecah paras pinggang, menyebabkan kerosakan kira-kira RM45,000. Lebih malang, kerugian itu tidak dilindungi insurans kerana polisi sedia ada tidak merangkumi kerosakan akibat banjir.Susulan itu, Mustaqim dalam hantarannya turut berkongsi enam perkara disarankan sebelum membeli rumah:1. Semak sejarah banjir kawasanJangan bergantung kepada maklumat daripada pemaju atau ejen semata-mata. Cari nama kawasan di Google bersama perkataan banjir atau flood, semak laporan berita lama terutama sekitar 2019 hingga 2022, selain bertanya kepada penduduk setempat. Jika pernah berlaku banjir, anggap ia sebagai tanda amaran.2. Rujuk peta info banjir JPS SelangorPeta bahaya banjir yang disediakan di dalam lama web menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor boleh diakses secara percuma. Hartanah yang berada dalam zon merah atau kuning mempunyai risiko lebih tinggi, sekali gus boleh menjejaskan nilai hartanah, menyukarkan jualan semula dan mendapatkan penyewa.3. Fahami perlindungan insuransKelulusan pinjaman bank tidak bermaksud rumah dilindungi daripada kerosakan banjir. Polisi kebakaran standard lazimnya tidak meliputi banjir, sebaliknya pembeli perlu mendapatkan perlindungan tambahan (flood rider) secara berasingan. Namun, premium mungkin tinggi atau permohonan ditolak jika rumah berada di kawasan berisiko.4. Ketahui risiko kewanganMengabaikan faktor banjir boleh menyebabkan pemilik menanggung kos pembaikan antara RM30,000 hingga RM80,000.Selain itu juga, pemilik rumah turut berdepan risiko kehilangan penyewa, sukar menjual rumah dan tetap perlu membayar ansuran pinjaman walaupun hartanah tidak menjana pendapatan.5. Dapatkan sebut harga insurans lebih awalSebelum membuat keputusan membeli, minta sebut harga perlindungan banjir daripada syarikat insurans.Jika premium terlalu mahal atau permohonan ditolak, ia boleh menjadi petunjuk bahawa hartanah tersebut berisiko tinggi. Mustaqim turut berkongsi satu kes membabitkan premium perlindungan banjir mencecah RM3,200 setahun bagi rumah bernilai RM400,000.6. Nilai keadaan fizikal kawasanSelain membuat semakan dalam talian, pembeli juga disaran melihat sendiri kedudukan rumah berbanding sungai berhampiran serta menilai ketinggian kawasan. Maklumat daripada jiran lama atau peniaga sekitar juga boleh membantu mengenal pasti risiko sebenar.