suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mak-mak mesti suka! Wanita kongsi cara mudah sental periuk ‘stainless steel’, hanya guna satu bahan

Teknik cucian periuk tahan karat ini begitu mudah dan cepat. -Foto Thread Melissa Aliyya

PERALATAN memasak jenis keluli tahan karat atau ‘stainless steel’ sememangnya berkualiti tinggi dan baik untuk kesihatan serta boleh digunakan untuk tempoh lama.

Namun, kesan kotoran atau ‘stain’ yang melekat selepas memasak menjadi antara punca ramai enggan menggunakannya kerana perlu menyental kuat.

Lebih-lebih lagi apabila bahagian dasar periuk bertukar keperangan dan berkerak, menyebabkan perkakas berkenaan kelihatan lama walaupun baru beberapa kali digunakan.

Sebenarnya, kesan tersebut boleh ditanggalkan menggunakan bahan yang mudah ditemukan di dapur tanpa perlu menyentalnya terlalu kuat.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna dikenali sebagai Melissa Aliyya menunjukkan kaedah membersihkan kesan kotoran pada peralatan memasak jenis keluli tahan karat menggunakan soda penaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai keliru kod 304 dan 316 pada periuk ‘stainless steel’, mak-mak kena tahu sebelum beli

Berikut merupakan kaedah yang dikongsikan Melissa Aliyya.

1. Masukkan air dan soda penaik

Isi bahagian periuk yang mempunyai kesan kotoran dengan air sebelum menaburkan soda penaik secukupnya.

Pastikan campuran tersebut meliputi kawasan berkerak supaya proses pembersihan dapat dilakukan dengan lebih mudah.

2. Didihkan campuran

Letakkan periuk di atas dapur dan panaskan campuran air bersama soda penaik sehingga mendidih serta berbuih.

Langkah ini membantu melembutkan kesan kotoran dan sisa masakan yang melekat pada permukaan periuk.

3. Gosok perlahan-lahan

Apabila campuran sudah berbuih atau mendidih, biarkan ia sedikit sejuk.

Kemudian gosok bahagian yang mempunyai kesan kotoran secara perlahan-lahan menggunakan kain net.

Selepas semua kotoran ditanggalkan, bersihkan semula perkakas dan lap sebelum simpan.

Artikel Lain