suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selalu 'blank' apabila buat pembentangan? Ketahui 3 petua mudah atasi panik, baru yakin nak bercakap!

Ramai yang mengalami kesukaran untuk bertutur di khalayak ramai. -Gambar hiasan AI

BERCAKAP di hadapan orang ramai bukan perkara mudah bagi semua individu. 

Ada yang hilang idea secara tiba-tiba, malah ramai juga yang berdepan masalah suara bergetar kerana terlalu gementar apabila diminta berucap atau membuat pembentangan secara spontan.

Walaupun keadaan itu dianggap normal, ia boleh menjejaskan keyakinan diri jika tidak dikawal dengan baik.

Menerusi satu perkongsian di Threads, pencipta kandungan Study With Tini Oji berkongsi tiga teknik yang dipelajarinya selepas mendengar sebuah podcast yang membincangkan cara mengurangkan suara bergetar ketika bercakap di khalayak ramai.

Menurutnya, teknik tersebut sesuai diamalkan sebelum memberi ucapan secara spontan, membuat pembentangan di hadapan majikan atau ketika menghadapi sesi temu duga.

Berikut merupakan tiga langkah yang dikongsikannya.

1. Amalkan teknik box breathing

Langkah ini adalah proses menenangkan tubuh menerusi teknik pernafasan atau box breathing.

Caranya mudah iaitu dengan menarik nafas selama empat saat, tahan selama empat saat, kemudian hembus perlahan-lahan selama empat saat sebelum menahan nafas sekali lagi selama empat saat.

Ulang beberapa kali sehingga badan terasa lebih relaks kerana tubuh yang tegang akan menyebabkan suara lebih mudah bergetar.

Rasa gemuruh cenderung dialami apabila berada di hadapan khalayak. -Gambar hiasan AI

Rasa gemuruh cenderung dialami apabila berada di hadapan khalayak. -Gambar hiasan AI

2. Ubah cara berfikir

Selain mengawal pernafasan, seseorang juga perlu mengubah fokus ketika bercakap di hadapan orang ramai.

Paling penting, jangan terlalu memikirkan diri sendiri atau bimbang tentang penilaian orang lain.

Sebaliknya, fokus kepada audiens dan tanamkan niat bahawa tujuan utama adalah untuk berkongsi ilmu atau maklumat yang bermanfaat.

3. Bercakap dengan lebih perlahan

Situasi 'tegang' dan perasaan gemuruh yang dialami cenderung membuatkan seseorang itu bertutur secara laju, oleh itu anda dinasihatkan supaya mengawal percakapan dan bukan semata-mata mahu menghabiskan ucapan dengan cepat.

Oleh itu, ambil masa untuk berhenti seketika, menarik nafas dan memperlahankan tempo percakapan kerana ia bukan sahaja membantu mengawal suara, malah membuatkan penyampaian lebih jelas dan mudah difahami.

Artikel Lain