suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai keliru kod 304 dan 316 pada periuk ‘stainless steel’, mak-mak kena tahu sebelum beli

Pengguna perlu tahu kegunaan perkakas mengikut gred yang tertulis. -Gambar hiasan AI

MEMILIH perkakas memasak bukan sekadar melihat reka bentuk atau harga.

Sebaliknya pengguna perlu menitik beratkan jenis material agar sesuai dengan kegunaan harian selain tahan lama dan tidak membahayakan kesihatan.

Maka tidak hairanlah apabila perkakas dapur daripada keluli tahan karat atau stainless steel kembali mendapat perhatian masyarakat masa kini.

Bagaimanapun, masih ramai keliru dengan kod gred 304 dan 316 yang tersembul pada permukaan perkakas dibeli.

Meskipun kelihatan hampir sama, kedua-duanya mempunyai beberapa perbezaan dari segi ketahanan serta kesesuaian penggunaannya.

Menerusi perkongsian di Threads, Melissa Aliyya menjelaskan perkakas memasak daripada keluli tahan karat gred 304 sebenarnya sudah memadai untuk kegunaan di rumah.

Namun, gred 316 dianggap sebagai pilihan lebih premium kerana dikatakan mempunyai ketahanan lebih baik terhadap bahan tertentu.

Berikut merupakan perbezaan antara kedua-duanya berdasarkan pengalaman Melissa.

Setiap gred mempengaruhi jangka hayat dan kegunaan perkakas dapur. -Gambar hiasan AI

Setiap gred mempengaruhi jangka hayat dan kegunaan perkakas dapur. -Gambar hiasan AI

1. Stainless steel 304 sesuai untuk kegunaan harian

Menurut Melissa, keluli tahan karat gred 304 merupakan antara bahan paling biasa digunakan untuk menghasilkan perkakas memasak.

Selain tahan karat dan boleh digunakan dalam tempoh lama, ia juga sesuai untuk pelbagai kaedah masakan harian.

Antaranya termasuklah memasak nasi, menyediakan sup serta menggoreng makanan.

Justeru, mereka yang mencari perkakas memasak untuk kegunaan biasa tidak semestinya perlu memilih gred lebih mahal kerana jenis 304 juga sudah dianggap memadai.

2. Stainless steel 316 lebih tahan terhadap kakisan

Melissa berkata, keluli tahan karat gred 316 pula boleh dianggap sebagai versi lebih premium kerana mengandungi molibdenum.

Kandungan tersebut menjadikannya lebih tahan terhadap kakisan, terutama apabila kerap digunakan untuk memasak makanan yang berasid seperti hidangan mengandungi tomato dan cuka.

Ia juga boleh menjadi pilihan bagi individu yang sering menyediakan lauk dengan kandungan garam lebih tinggi.

Artikel Lain