suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketahui bahaya ‘racun moden’ dalam makanan segar, KKM ‘banned’ 5 jenis sayur import ini jika tanpa sijil CoA

Kebanyakan petani menggunakan racun bagi mengekalkan ketahanan sayur dan buah. -Gambar hiasan AI

MERENDAM sayur-sayuran atau buah-buahan ke dalam air garam atau cuka menjadi kebiasaan yang menyangka cara itu memadai untuk menyingkirkan sisa racun perosak sebelum dimasak.

Namun dakwaan semua racun boleh dibersihkan dengan kaedah tersebut sebenarnya tidak tepat kerana terdapat beberapa jenis racun 'moden' yang bertindak dari dalam tumbuhan itu sendiri.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna Threads, Wan Amar yang menjelaskan kewujudan systemic pesticide atau racun perosak sistemik yang diserap ke dalam struktur dalaman tanaman, bukan sekadar melekat pada permukaan daun atau kulit sayur.

Menurutnya, berbeza dengan racun sentuhan yang berada di bahagian luar, racun sistemik bergerak bersama sistem tumbuhan sehingga memasuki bahagian seperti urat, batang dan tisu sayur.

"Walaupun sayur direndam atau dicuci berkali-kali menggunakan air garam, cuka atau bahan pencuci khas, racun jenis ini masih boleh kekal di dalam tumbuhan kerana ia telah diserap sejak proses penanaman," jelasnya.

Sehubungan itu, katanya, paras sisa racun perlu dilakukan lebih awal sebelum hasil pertanian memasuki pasaran dan bukannya bergantung sepenuhnya kepada proses mencuci di rumah.

Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri KKM menjelaskan tentang sijil CoA.

Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri KKM menjelaskan tentang sijil CoA. 

Wan Amar turut menjelaskan bahawa bermula 1 Jun 2026, kerajaan mewajibkan lima jenis sayur import iaitu cili merah, sawi, tomato, kubis bulat dan timun disertakan Sijil Analisis (Certificate of Analysis, CoA) sebelum dibenarkan memasuki Malaysia.

Katanya, maklumat daripada Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu turut memaklumkan sijil berkenaan dikeluarkan oleh makmal bertauliah yang mematuhi standard ISO/IEC 17025.

Ia menunjukkan sama ada paras sisa racun perosak berada di bawah Had Maksimum Residu (Maximum Residue Limit, MRL) yang ditetapkan atau sebaliknya.

Jika bacaan melebihi had dibenarkan, penghantaran sayur tersebut boleh ditolak dan tidak dibenarkan memasuki pasaran tempatan.

Menurut Wan Amar, langkah itu bukan sahaja memberi perlindungan kepada pengguna daripada pendedahan berlebihan terhadap sisa racun perosak, malah membantu memastikan hanya hasil pertanian yang mematuhi piawaian keselamatan makanan dipasarkan di negara ini.

Pada masa sama, dia berpandangan tindakan itu turut memberi manfaat kepada petani tempatan kerana hasil yang memenuhi piawaian keselamatan makanan akan lebih dihargai dan mampu bersaing dengan lambakan sayur import berkualiti rendah.

"Tindakan ini mestilah bagus sebab menjaga perut dan buah pinggang kita disebabkan pengurangan penerimaan 'pencemaran bahan kimia' secara senyap.

"Pihak yang mengimport sayur tak boleh 'main sauk' sayur reject murah dari negara luar untuk dijual secara bundle di sini.

"Petani tempatan pun boleh senyum sampai ke telingan sebab sayur tempatan yang bersih tu, akhirnya ada nilai," jelasnya.

Artikel Lain