MAJLIS perkahwinan sering dianggap sebagai hari paling istimewa dalam kehidupan sehingga ada pasangan sanggup merancang setiap perkara dengan begitu teliti.Daripada susunan acara, dekorasi pelamin, pemilihan lagu sehinggalah pakaian pengantin, semuanya mahu dipastikan berjalan sempurna seperti yang diimpikan. Bagaimanapun, sikap terlalu mengejar kesempurnaan boleh menyebabkan pengantin berasa tertekan dan gagal menikmati detik bahagia pada hari bersejarah mereka.Menerusi perkongsian di Threads, pengacara majlis profesional, Redha Abu Samah dari Pesona Bicara, menyenaraikan lima perkara yang wajar ‘dibuang’ oleh bakal pengantin supaya majlis berlangsung lebih tenang dan meninggalkan kenangan manis."Just let it go. Senyum, pandang muka pasangan dan ingat matlamat utama, korang dah selamat bernikah. Itu yang paling mahal," ujarnya.Malah kata Redha, apabila semua beban mental itu dilepaskan, majlis akan terasa lebih tenang dan lancar.Majlis perkahwinan adalah hari bahagia dan bersejarah buat pengantin. -Gambar hiasan AIPaling penting adalah pasangan dapat pulang ke rumah dengan senyuman serta kenangan indah, bukannya sakit kepala memikirkan perkara kecil yang tidak berjalan seperti dirancang.Ini lima perkara yang anda perlu buang dan lepaskan di hari bahagia:1. Buang fikiran mahu puaskan hati semua tetamuPengantin perlu menerima hakikat bahawa mustahil untuk memuaskan hati setiap individu yang hadir.Jelas Redah, dalam kalangan 1,000 tetamu, mungkin ada lima hingga 10 orang yang tetap mencari kekurangan sama ada makanan kurang masin, pelamin terlalu ringkas mahupun lokasi parkir yang jauh.Justeru, pasangan seharusnya memberikan perhatian kepada kegembiraan sendiri dan keluarga terdekat, bukan terlalu memikirkan pandangan segelintir tetamu.2. Buang adat atau tentatif yang menyeksakanKebanyakan pasangan gemar memaksa diri melakukan terlalu banyak acara sehingga keletihan atau berasa tidak selesa kerana menjadi tumpuan.Susulan itu Redha mencadangkan supaya sesi memotong kek tidak dilakukan sekiranya ia dianggap membazir atau 'persembahan' menukar pakaian sehingga tiga atau empat kali semata-mata mahu menghiburkan tetamu.Sebaiknya, buat tentatif yang lebih ringkas bagi mengurangkan risiko majlis lewat daripada jadual serta meletihkan tubuh.Bridesmaids perlulah berfungsi dengan baik dan membantu pasangan pengantin. -Gambar hiasan AI3. Buang pengiring yang mahu dilayan seperti ‘raja dan ratu’Pemilihan pengiring pengantin juga penting dan tidak boleh dilakukan sekadar mahu menjaga hati rakan.Oleh itu, anda disarankan memilih individu yang benar-benar boleh membantu seperti memegang kain, menyediakan air minuman dan menjaga barangan peribadi pengantin.Jika pengantin pula terpaksa melayan makan minum atau menjaga hati pengiring pada hari majlis, individu berkenaan sewajarnya dikeluarkan daripada senarai.ARTIKEL BERKAITAN: Busana cantik tapi posture badan tak menarik masa bersanding, ini 3 tip pilih coli untuk bakal pengantin perempuan4. Buang telefon daripada tanganSehari sebelum dan pada hari berlangsungnya majlis, pengantin disaran menyerahkan telefon bimbit kepada individu dipercayai.Langkah itu dapat mengelakkan mereka daripada sibuk menjawab panggilan tetamu yang sesat atau mengemas kini media sosial ketika sedang bersiap.Tanpa telefon di tangan, pengantin dapat memberi sepenuh perhatian dan lebih menghargai setiap detik penting yang berlaku.5. Buang keinginan 'mengawal' segala-galanyaApabila hari majlis tiba, perkara kecil seperti bunga pelamin yang layu atau pemuzik tersalah memainkan lagu mungkin berada di luar kawalan pengantin.Oleh itu, mereka perlu memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada penyelaras majlis atau ahli keluarga yang sudah diberikan tanggungjawab.