suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Takut bahaya mikroplastik, ramai pakat tukar kuali besi... Wanita kongsi cara betul nak guna supaya masakan tak melekat

Teknik yang betul dapat mengurangkan kesan ikan melekat pada permukaan kuali besi.

KEBIMBANGAN terhadap pendedahan mengenai kewujudan partikel mikroplastik dalam tubuh manusia mendorong semakin ramai pengguna kembali menggunakan peralatan memasak tradisional seperti kuali besi dan cast iron di dapur.

Tambahan pula ia disokong dengan pelbagai kajian dan laporan mengenai penggunaan peralatan memasak yang mempunyai salutan tidak melekat, terutama apabila lapisan tersebut mula tercalar atau rosak selepas digunakan dalam tempoh yang lama.

Bagaimanapun, antara cabaran utama menggunakan kuali besi ialah makanan mudah melekat pada permukaan ketika memasak jika ia tidak digunakan dengan teknik yang betul.

Susulan itu seorang pengguna Threads yang dikenali sebagai Farhana berkongsi tip mudah yang diamalkannya bagi mengelakkan masalah tersebut ketika memasak menggunakan kuali jenis stainless steel atau cast iron.

Menurutnya, perkara paling penting ialah memanaskan kuali terlebih dahulu sehingga benar-benar panas sebelum memasukkan sebarang bahan masakan.

"Dah berasap, letak droplet water (titisan air). Dia menari dua atau tiga saat, kemudian terus sejat... kalau menari maknanya dah boleh guna.

"Kemudian letak minyak, insya-Allah tak lekat," katanya.

Tambahnya, kaedah tersebut mungkin sedikit melecehkan berbanding menggunakan kuali tidak melekat, namun ia dianggap lebih baik sebagai amalan jangka panjang.

Dalam masa sama, dia mengingatkan agar teknik memanaskan kuali sehingga berasap itu hanya dilakukan pada kuali besi tahan karat (stainless steel) atau cast iron, dan bukannya pada kuali yang mempunyai salutan tidak melekat kerana boleh merosakkan lapisan pelindungnya.

Farhana berkongsi tip tersebut pada hantaran seorang pengguna Thread yang meluahkan kesukaran ketika menggunakan kuali besi atau stainless steel berikutan ikan yang digoreng melekat pada permukaan.

Artikel Lain